Thursday, June 08, 2017

Saya Masih Di Sini

Sedang blog-walking blog orang lain (mencari idea & bahan untuk tujuan kerja ya, bukan saja-saja) bila tiba-tiba terkenangkan blog sendiri. Jengah punya jengah tengok posting terakhir adalah tahun 2013 dan sekarang dah pun 2017!

Ada beberapa rakan yang saya dapati masih post entry di blog, dan bukan post di media semasa seperti Facebook dan Instagram. Saya tak pelik sebab ada masanya saya juga rasa sebegitu. Mungkin atas faktor tak mahu tahu reaksi orang lain terhadap posting kita di FB & IG, baik dari segi Like ataupun Comment. Mungkin nampak macam tak trendy tapi persepsi orang lain tak penting dalam hal ni.

*Sigh*

Jadi di sini saya menyinggah sambil membaca entry klasik zaman budak hingusan menulis blog & saya ingin nyatakan bahawa Saya Masih Di Sini!

I was here.

13 Ramadhan 1438H
Kompleks C, Putrajaya




Monday, August 05, 2013

Mungkin Selesai

Saya mungkin dah selesaikan punca hijacking post kat blog ni. Saya rasa MUNGKIN je tapi rasanya that's the reason why all this while.

Simply saya disable posting via emel.

Saya memang ada aktifkan feature tu 2 tahun lepas untuk mudahkan posting tanpa login ke blogger, saya hanya perlu emel posting ke satu alamat emel blogger yang ada secret passphrase dalam emel address tu. Well,mungkin akaun blogger ada masalah sikit or needless to say; been hijacked. Disable feature tu & problem solved harap2nya.

Harap2 ok lepas ni. Wait & see.

Monday, April 22, 2013

Momok

Saya tak rasa pengundi sekarang membuta tuli boleh terpengaruh dengan isu kempen yang sangat chauvinish perkauman, bermain dengan sentimen sensitif apatah lagi usaha memomokkan pengundi dengan kesan & akibat undian yang dibuat. Saya rasa itu sangat tidak matang.

Saya mengidamkan suasana politik yang lebih terbuka, pengundi boleh membuat pilihan atas dasar kebolehan dan keupayaan calon & dasar parti yang bakal membawa banyak kebaikan kepadanya mahupun rakyat, dan bukannya hanya menimbulkan aura panik dengan memomokkan rakyat dengan perkara yang tidak pasti.

Saya lebih mahukan pemimpin yang berterusan memperjuangkan prinsip2nya dan tahu bahawa pembelaan rakyat yang diperjuangkan bukan hanya kerana mahu kuasa politik malah tanggung jawab yang berat untuk dipikul. Barrack Obama kekal di penggal kedua kerana perjuangannya, rakyat US percaya melihatkan usaha2 beliau.

Kita Muslim mungkin boleh revisit semula kisah Umar Abdul Aziz.

Thursday, April 18, 2013

Tolong, saya tak bersalah!

Lately ni saya sibuk menjenguk blog ni disebabkan ada tetamu yang tak diundang menumpang posting kat sini. Bukan sikit2 sekali posting. Jenuh nak delete satu2 entry yang tak berkenaan tu. 



Tolong la, saya tak bersalah. Password dah tukar pun masih ada lagi posting tu. 

Kesian kat blog yang dah lama tak update mungkin. 

Tuesday, December 25, 2012

Not that bad

Dah sebulan lebih di pejabat baru, so far so good.

1. Adapt - nak belajar perkara baru satu hal, nak adapt dengan budaya di tempat baru adalah satu hal yang lain.

2. Persepsi - mulanya risau juga fikirkan apa persepsi orang terhadap saya tapi lama2 tak larat juga nak memikir. Just do the best, having lots of thinking & kena pandai baca gaya orang lain kerja.

3. Nature kerja - sebulan aja di situ saya dah merasa mesyuarat hari ahad & mesyuarat pukul 7 malam. Wifey pun dah di brief siap2 supaya dia faham.

Sebelum ni memang saya agak takut bertukar pejabat. Selesa & dah cukup confident nak buat kerja yang dulu, iyelah dah bertahun2 buat kerja yang sama & cukup masak dengan culture sedia ada.

Tup2 kena tukar!

Mula2 hati meronta2 nak minta kekal je kat pejabat lama. Tapi dalam masa yang sama nak jugak tengok 'dunia' lain, dapatkan perspektif berbeza & be out of comfort zone.

Dengan ketabahan hati yang sedikit itu saya teruskan je hasrat keluar daripada KKLW.

So walaupun baru sebulan, saya boleh katakan bertukar tempat kerja is not that bad.

Not bad at all...

Wednesday, November 21, 2012

Dunia Baru

It's not ok when u have blogs & suddenly only 1 posting per year. Then post kali ini adalah wajib sebelum 2012 berakhir.

Rupanya saya agak sensitif bila mengenang kembali zaman saya mula2 melapor diri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 6 tahun lalu, mengenangkan susah payah dan penat jerih buat kerja & belajar daripada semua orang tak kira pangkat & masa. Segala jasa baik orang lain kepada saya, segala kenangan lama selama 6 tahun tersebut tiba2 terpacul dalam kotak fikiran satu persatu, semuanya sangat jelas kelihatan. Jamuan perpisahan baru2 ini untuk meraikan minggu terakhir saya di KKLW saya jadi sebak sebaik memulakan bicara. Adoi, malu juga tapi setidaknya saya jujur dengan perasaan saya.

Emel farewell agak lambat dihantar kerana tak sanggup nak membaca kembali draf yang dah lama saya buat. Macam lebih banyak jiwang dan terlebih feeling je bunyinya. Minggu ini saya akan emel juga walaupun dah masuk 4 hari meninggalkan KKLW secara rasmi sebelum ICT delete akaun emel saya selepas ini.

Apa yang lebih penting adalah move forward, learn new things & take everything positively. Because why? Because that is what important most.

JPA, here I come.

Hello dunia baru.

Friday, March 30, 2012

It's Friday, Thank God Resources Are Limited

Dari dulu lagi saya rasa saya tak cukup staf untuk bantu kerja-kerja saya. Bukan nak mengeluh, tapi bila dah dibiasakan dengan prinsip 'guna sahaja apa yang ada', ataupun prinsip 'take it or leave it', saya teruskan sahaja kerja-kerja harian dengan redha dan cuba atasi perasaan negatif akibat lambakan kerja hari demi hari.

Dalam kes kurang staf ni, pada pandangan saya pegawai penyelia harus cuba sedaya upaya mengkaji beban tugas subordiates. Cuba bantu subordinates dengan initiate kerja-kerja awal atau buat homework kaedah laksana, dan seterusnya bila dah sampai ke peringkat  sesuatu kerja itu dah sesuai dan mampu dilaksanakan di peringkat subordinate, berikan tanggung jawab pelaksanaannya kepada mereka. Beban kerja bos kena la berat sikit berbanding anak buah, then the salary justification goes right.

All in all, saya rasa things should go better if my resources are unlimited; which saya boleh ada ramai staf yang boleh bantu every single task saya.

Unfortunately the rule says resources are limited.

But thank god resources are limited. Dengan ciptaan peraturan sebegitu rupa, manusia dapat menggunakan 100% more brain capability & self ability untuk produce sesuatu. Sentiasa akan ada self correction untuk sentiasa buat yang terbaik. Sentiasa juga akan ada kajian mengoptimumkan sumber sedia ada dengan beban dan situasi yang sentiasa berbeza-beza. Kebolehupayaan manusia untuk adaptasi kedinamikan ini yang membuatkan manusia istimewa di kalangan makhluk lain lantas dijadikan khalifah.

Sekiranya resources are unlimited, manusia akan mula jadi malas dan hilang rasa perlunya berusaha lebih. Lama-kelamaan otak pun jadi lemah dan hilang fungsi daya berfikir dan membuat pertimbangan. Jadi mulalah nanti nafsu makan diri sendiri. Ada juga yang pass 'ujian' nikmat sumber ini dengan diberikan almost unlimited resources, sama ada dari segi material atau non-material, tapi amat sikit. Beri sahaja duit berlonggok-longgok kepada seseorang itu dan lihat apa yang akan dibuatnya kalau tidak berbelanja dengan boros untuk diri sendiri.

Jadi, bersyukurlah dengan sumber yang sedikit itu, kerana hidup tetap perlu diteruskan.

So, today is Friday, and this is the day I thought that we might thanks to God resources are limited!

Monday, May 30, 2011

Dr. Wan Ahmad Hazim, Madrasah At-taqwa dan 'Ainul Kauthar

Saya dan isteri dipertemukan dengan Dr. Wan Ahmad Hazim buat pertama kali semasa isteri saya dirujuk untuk diperiksa oleh pakar di Hospital Putrajaya memandangkan tahap HB dalam darah yang rendah semasa 34 minggu mengandung. Bagi yang pernah bersalin di situ, mungkin berpeluang berjumpa dengan Dr. Hazim. Sejak minggu ke-34 itu, kami kerap berjumpa dengan beliau, seminggu sekali untuk pemeriksaan berkala. Orangnya ramah, boleh dibawa sembang dan nampak sangat baik hati.

Peristiwa hitam di Madrasah At-taqwa membuka cerita sikit demi sikit siapa Dr. Hazim di sebalik uniform doktor beliau tu. Saya pula mula kagum dengan manusia bernama Dr. Hazim ini, disamping terharu bila terdengar khabar salah seorang mangsa peristiwa Madrasah At-taqwa tersebut adalah anak Dr. Hazim sendiri! 


'Wan Ahmad Hasril Hazim' - nama bapa yang sama dengan Dr. Wan Ahmad Hazim, cuma nama Dr. Hazim diringkaskan kepada 'Hazim' je.


Kebetulan isteri saya seorang guru, ada rakannya di sekolah tempat Wan Ahmad Hasril bersekolah, mengesahkan cerita tentang anak Dr. Hazim ini. 

Apa yang saya kisah sangat dengan Dr. Hazim dan arwah anaknya tu?
  1. Dr. Hazim merupakan manusia yang bertanggung jawab membantu dalam kelahiran anak kedua saya pada 19.5.2011. Dua hari selepas itu pada 21.5.2011, anak beliau terkorban dalam peristiwa tanah runtuh tersebut. Satu nyawa digantikan dengan satu nyawa yang lain? Allahuakbar
  2. Saya mendapat tahu bahawa Dr. Hazim adalah antara orang kuat di sebalik operasi madrasah tersebut. Dari segi aktiviti, kewangan, lain-lain sokongan semuanya ada terpalit jasa Dr. Hazim. Kagumnya, bagaimana seorang pakar O&G menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk manfaat agama dan orang lain yang lebih memerlukan. Kagum dan terharu, saya bertanya kepada diri saya: "Apa pula yang saya dah buat dengan wang, masa dan tenaga saya untuk manfaat agama dan orang lain selama ini?"
Appointment post-natal dengan Dr. Hazim pada usia anak kecil saya 6 minggu pada 12 Julai nanti membuatkan saya mula berkira-kira soalan yang hendak saya lontarkan kepada Dr. Hazim nanti. Mungkin juga tak perlu banyak tanya, sekadar nak cerita sikit2 dan sampaikan salam takziah.

Apa pun, Dr. Hazim mungkin telah membantu banyak nyawa, termasuklah nyawa anak kecil saya tetapi nyawa anaknya yang menjadi galang ganti. Mungkin juga dah tiba masanya saya melihat kembali adakah duit, masa dan tenaga saya ada manfaatnya juga kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Saya akan ingati peristiwa ini dengan kelahiran anak kecil kedua saya itu, 'Ainul Kauthar. Semoga adik mendapat semangat dan inspirasi dari jasa Dr. Hazim bila besar nanti.

 
Di kala menulis entry ni, terbayang2 manis muka Dr. Hazim. Saya mengagumi anda doc! Semoga anda sentiasa dirahmati.