Wednesday, October 19, 2005

Buku


Aku tengah baca buku ni skrg:

Agenda Melayu atau Agenda Rakyat

Ade a few reason kenapa aku beli buku ni:

  1. Pengarang dia dari pihak haluan kiri. Biar terbukak sket mata aku ttg negara aku sendiri especially pasal politik
  2. Perkara utama perbincangan adalah tentang bangsa aku dari kacamata seorang yang bukan melayu. Menarik!
  3. Aku penah jumpe ngan bekas editor malaysiakini.com. Kagum sekejap la ngan cara dia berpikir. So bile jmpe ngan buku karangan kolumnis malaysiakini.com, aku mcm teruja lak nk beli. Yang baik tu jadikan teladan.
Future reading: (hopefully!)
  1. Lateral Thinking - Edward de Bono
  2. Dilema Melayu - Dr. M
  3. Rich Dad, Poor Dad - Robert Kiyosaki
  4. You’re Hired – Bill Rancic (The Apprentice)
  5. My Story – Tan Sri Lim Goh Tong
Selamat membaca kepada aku. 1 bulan 1 buku!!

Tuesday, October 18, 2005

Women: The most weird thing

How to make a woman happy!

It's not difficult to make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her compliments regularly
45. love shopping
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, MUST ALSO:

50. give her lots of attention, but expect little himself
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

53. to never forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY??
1. Feed him
2. Screw him
3. Shut the hell up.

Source: The Internet.
Komen aku: Setuju 80000%!! Malas nak layan...


Friday, October 07, 2005

Terlanggar la plak





waduh2.. terlanggar kereta la plak. sib baik la bumper je. sib baik gak aku naik moto, tak naik keta aku. dalam pada nasib baik pun, bape ratus abis daa... ngantuk punye pasal!

Moto aku yg pecah mudguard depan

Wednesday, September 21, 2005

Rumah Penuh

"Full House"

Ni siri drama korea yg kedua aku tengok selepas Winter Sonata. Pernah keluar 8TV dalam bulan Ogos 2005 lepas. A must-watch drama dengan banyak adegan komedi walaupun tema dia romantik. Banyak scene yang memang kelakar abis. Lepas habis semua 16 CD, aku mula carik review pasal drama ni over the net. Memang aku tak salah. Quite a lot saying it’s really lovely! Hilarious and sweet.

Walaupun hero dia muda sangat (around 22 kot) and not really an actor (dia full time penyanyi sebenarnya. Ni kes biasa macam kat malaysia la ni) tp lakonan dia mmg dasat. Chemistry yang berjaya diwujudkan dek dia dengan heroin memang menjadik. Ape yang paling menarik dalam drama ni rasenye the character; egoist and rude Lee Young Jae (hero) as well as charm and cute Han Ji Eun (heroin) yang mampu menggembirakan sesape je. 2 different characters, hidup dalam satu bumbung. Cuma 2 CD last tu macam quite slow sket. Maybe sebab nak ending kot. Tapi towards the 16th CD, viewer akan jadi tak sabar2 nk tunggu ape yang akan terjadi pada both character yang banyak plak songehnye bile sampai nak ending tu. Good plot, good character setup, a must-watch drama. Hidup 3 Beruang!

Pic: Scene sadis


Pic: Happy ending

Friday, September 16, 2005

Bangsa + t

Situasi A

Suatu petang di Kedai A yang menjual henfon di Klang. Aku, tokey kedai yang berbangsa cina dan salegirl melayu.

Aku: Dik, henfon ni berapa harga?

Salesgirl: RM640 bang
Aku: Tak boleh kurang lagi ke?

(Aku dah survey sebenarnya harga henfon yang sama pd hari sebelumnya dengan tokey kedai tu sendiri. RM635 je. Harga dia mahal rm5 dari harga yg tokey dia bagi smlm. Saje je nak test salesgirl tu)

Salesgirl: tak boleh la bang, ni pun untung sikit je

Aku: Ala, takkan takleh kurang 10-20 ringgit
Salesgirl: Takleh la bang, ni mmg harga dia
Aku: Saya cakap terus terang la dik ye. Saye smlm tanye kat awak punye tokey, dia bleh bagi rm635. Tapi hari ni ngan awak naik rm5 lak jadi rm640

Salesgirl: Alah bang, tu harga semalam. Hari ni harga lain.


(tak lojik tul. aku dah rasa dia kurang ajar ngan ayat ni. celake)

Aku: Eh, ape lak lain2. mane bleh naik camtu je. Beza sehari je plak tu.Ntah2
awak nak makan yang rm5 tu kot? (gurau la kononnya ni sambil tersengih mcm kerang busuk)

Salesgirl: Abang… abang kalo tanak beli jangan nak cakap saya yg bukan2.

Aku Eh.. marah plak dia. Saya takde niat pun nak hina awak sebenarnye. Saya just nak tawar harga henpon ni je

Salesgirl: Cara abang cakap tu macam saya ni teruk sgt je. Kalo saya nak sangat
makan rm5 tu, dah lama saya up jadi rm645 (dia dah mula tarik muka dan simpan balik henfon yang aku nak tengok tu masuk dlm almari sambil hempas2)

Aku: Ok la. Camni…saya just nak mintak murah sikit je. Kalo tak bole cakap tak boleh.
Salesgirl: Memang tak boleh!!

Aku: Eh, kalo camni la sikap orang melayu……. (aku mula berleter pasal sikap org melayu yg tipikal macam dia. Lame gak)


Aku: Saya boleh je nak beli kat kedai lain kalo saya nak
Salesgirl: Hahh…pegi lah. Tak kisah pun!
Aku: Okeh.. takpe la. TERIMA KASIH!! (nada perli)
Salesgirl: SAMA2!! (nada hangin)

Bangsat! Melayu aku…


---------------------------------------------
Situasi B


Di satu petang di lebuhraya LDP di sekitar Puchong, aku tgh drive baru balik dari Putrajaya. Satu Wira biru baru keluar dari simpang nak masuk ke highway, terus nak masuk lane aku yg kat tengah2 highway. Takde signal, masuk terus himpit rapat ke keta aku. Aku bagi jalan jugak la tp sebagai balasan atas kurang ajar dia tu, aku hon dia dekat 20 saat. Lame tuh. Dia panas. Suppose dia dah pegi jauh, tp aku still hon dia dari belakang. Dia slow kan keta dia and then brek mengejut kat depan aku kononnye tak puas hati ngan aku. Aku pun brek emergency gak nak elak dari langgar bumper dia yg dah betul2 kat depan aku. Sambil memecut sejurus lepas tu, free2 aku dapat jari tengah dia dari celah tingkap keta dia. Secara automatic, aku pun membalas ngan jari yang sama gak. Nyesal gak balas, tp ter automatic lak. Dah buat salah, tp still rasa samseng. Driver tu Melayu la for sure. Hehh… Bangsat! Melayu aku…


--------------------------------------------
Situasi C

Di satu tengahari di MRR2, satu keta di lane paling kiri nak masuk lane aku kat tengah2. Bahaya gile! Dah ler keta aku dah lintas separuh dari badan keta dia. Tapi aku paham konsep “blind side” dalam side mirror keta ni. Maybe dia tak perasan. So aku just hon, then dia ke tepi balik, and aku terus potong dia. Lepas tu dari side mirror kiri aku, aku tgk dia try nak overtake aku lak. Dalam hati, ni mesti samseng mane nih, tak puas hati sbb aku hon dia. Sambil dia potong keta aku dari lane kiri tu, sambil dia pandang aku, angkat tangan dan tunduk kepala. Tanda maaf?? Pehh… kagum aku. Driver tu Chinese. For sure bkn bangsa aku la utk buat camtu!


Bangsa aku…

Tuesday, September 13, 2005

Peristiwa berdarah di IKEA

Hampeh! Tu je la yg aku boleh cakap. Semalam, 12 September 2005 bersamaan dengan hari Isnin, 8 Syaaban 1426H, lebih kurang pukul 3.45pm kat tandas IKEA Mutiara Damansara Tingkat 1, aku telah kehilangan henpon dan wallet aku. tertinggal 2 minit je kat tandas, dah kene kebas. hampesss...
Tapi ade bagusnye gak. Muka aku dalam IC lama ngan lesen macam muka penjenayah je. ade can nak tukar muka baru. huhu

Monday, August 29, 2005

Vector graphics

Aku minat btul bab graphic design ni. Aku minat smpaikan once aku penah apply utk pogram biasiswa utk jadi tutor and buat Master in Multimedia. Niat nak specific dlm graphics ataupun creative media. Tapi bile pikir2 balik, aku tang2 grafik ni aku just nak buat sebagai minat atau lebih tepat lagi, hobi di masa lapang je. Kalo terjumpe buku2 atau majalah2 pasal tips grafik ni mmg aku grab dulu. Lately aku terjumpe a very good mag (off course la bkn majalah tempatan) kat MPH Midvalley. Dekat sejam la aku dok belek mag tuh. Later a week after aku datang lagi dan carik majalah yang sama utk aku belek lagi buat kali kedua. Mmg tak beli la sbb RM48++, harga yang cukup mahal utk sesebuah majalah. Tapi bile minat punye pasal, sanggup je sebenarnya. Cuma bkn skrg la kot. Hasil dari pembacaan free kat MPH Midvalley tu (hehe), aku pun try la this 1st task.



Workspace kat Adobe Illustrator CS





Output. Tekstur tak berape original. Line pun tak berape kemas. Tp utk 1st attempt ni, aku buat ala kadir je.


Antara produk yang pernah aku try mcm CorelDraw 9 & 10 dan Adobe Illustrator 9 & CS ni. Ade terniat nak belajar Macromedia Freehand, tp mcm dah malas je. Illustrator setakat ni dah cukup best.

Friday, August 26, 2005

KKM... (bosan ah!)

Bekerja dalam Kementerian Kesihatan mmg berjaya mengubah the way I look to health issues. Aku dpt tau byk mende pasal kesihatan, ubat2, pentingnya to maintain your own health, pasal pemakanan, kenal doktor2, staff nurse, sister, matron termasuklah tau wujudnya kempen2 dan program2 kesihatan seluruh Malaysia yg selame ni tak penah aku dengar pun. Pejam celik, pejam celik, tak sedar pun dah dekat setahun aku kat Kementerian ni. So, what’s next eh? Takpe, tu problem aku nak decide camne.

So ape yg menariknya kat KKM ni?

  1. doktor2 ni hanya boleh bertukar tpt kerja sekitar dlm KKM je. Rugi la kalo ke Kementerian lain. Yela, tak macam PTD, PSM, EO, CC etc.
  2. kerja kat mane2 division dalam KKM ni mesti ade doktor, nurse and staff nurse. Tak kira la kat peringkat negeri, daerah dan apetah lagi di peringkat HQ kat Putrajaya
  3. KKM ade lebih daripada 500 pekerja sambilan macam aku ni. Kebanyakannya Research Officer (RO). Gred degree, tapi pekerja kontrak yg dibuli abis2. Ade gak rumours yg aku dengar, figure sebenar mencecah ribu2. ntah ler..
  4. KKM ade banyak program dan kempen. Tapi satu haram pun aku tak penah tau sikit pun smpai la aku join KKM ni. Program KKM yang paling besar adalah Kempen Cara Hidup Sihat yg berslogankan “Sihat Sepanjang Hayat”
  5. Kebanyakan doktor2 kat HQ Putrajaya adalah doktor dari bangsa aku. Yela, takde on call, kerja ikut office hour, takyah pening2 masalah pesakit etc. Doktor mata sepet lak lebih suka kerja kat hospital, tabur bakti pada masyarakat. Sayangnya…
  6. Kementerian Kesihatan je satu2nya kementerian yg ade kolej latihan sendiri. Tak caya gi cek Buku Panduan Mengisi Borang SPA 8. SPM pun dah cukup. Tiga tahun buat diploma with fully sponsored, kemudian dapat masuk terus kerja kerajaan. Best tul… (Medical Assistant, Nurse, X-Ray Assistant, Dental Lab Assistant etc)

Anyway, kadang2 rase bosan gak keje kerajaan ni. Tak mencabar la! Hish, ape la nak jadi…