Wednesday, February 03, 2010

Towering Personality... is it?

Ini ciri2 towering personality yg saya jumpa dalam Pekeliling. Menarik utk dikongsikan bersama, cuma ditokok tambah dalam tulisan italic ikut suka hati sesedap rasa dengan kemungkinan2 bertentangan yg mungkin ada di alam realiti semasa. Please, no offense. Langsung tiada kaitan dengan yg mati atau yg masih hidup.

---
...mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) seperti berikut:

a)Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jelas serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang;

- cita2 dlm kepala otak tu asyik nak naik pangkat, wawasan nak pencen nnt paling koman KSU. walhal kalau dia takde lagi baik. buat susah org je.

b)Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi di mana mampu memujuk, mengarah atau mengerakkan pasukan;

- mengarah 100%, pastu ddk diam2 dgn anggapan benda tu setel sendiri.

c)Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi;

- belajar mmg tinggi, kemahiran mengelat pun pastinya tinggi.

d)Mempunyai daya tahan, daya saing yang tinggi dan berdikari serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan kemahiran pengurusan yang tinggi;

- daya tahan yg tinggi sbb dia tolak masalah kat anak buah. guide tarak, constructive argument pun tarak.

e)Mempunyai daya kreativiti yang tinggi, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan analitikal;

- daya inovasi yg tinggi dlm memberi alasan, berlagak macam pandai pdhal bodoh sombong.

f)Mempunyai pemikiran yang rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, bebas dan yakin;

- bercakap mcm pandai, berfalsafah mengalahkan org PhD tapi fikiran negatif sokmo, mcm budak darjah 6. suruh buat kerja tp sikit2 ckp bkn keje dia. gaji nak tapi keje tanak. terbaik!

g)Mempunyai sifat jati diri dan patriotik;

- aah, ade. pentingkan diri sendiri, asalkan diri sendiri lepas udah la. gi mampos la orang lain.

h)Beretika dan berakhlak mulia

- kalau dengan org luar bkn main lembut lg bercakap, takut kena report kat KSN. malu gile nnt dpt emel satu negara tau kita ni buruk perangai. tapi dgn staff cakap nak menengking, semua dia je yg betul.


---
Saya pun tercari2 mungkin saya ada at least satu dari ciri2 di atas, sama ada yg diitalickan atau yg bold tu, untuk ruang baiki diri.

Ah, mari bekerja bersungguh2, trying the very best and hoping that we are not in somebody elses jerk list.