Tuesday, December 25, 2012

Not that bad

Dah sebulan lebih di pejabat baru, so far so good.

1. Adapt - nak belajar perkara baru satu hal, nak adapt dengan budaya di tempat baru adalah satu hal yang lain.

2. Persepsi - mulanya risau juga fikirkan apa persepsi orang terhadap saya tapi lama2 tak larat juga nak memikir. Just do the best, having lots of thinking & kena pandai baca gaya orang lain kerja.

3. Nature kerja - sebulan aja di situ saya dah merasa mesyuarat hari ahad & mesyuarat pukul 7 malam. Wifey pun dah di brief siap2 supaya dia faham.

Sebelum ni memang saya agak takut bertukar pejabat. Selesa & dah cukup confident nak buat kerja yang dulu, iyelah dah bertahun2 buat kerja yang sama & cukup masak dengan culture sedia ada.

Tup2 kena tukar!

Mula2 hati meronta2 nak minta kekal je kat pejabat lama. Tapi dalam masa yang sama nak jugak tengok 'dunia' lain, dapatkan perspektif berbeza & be out of comfort zone.

Dengan ketabahan hati yang sedikit itu saya teruskan je hasrat keluar daripada KKLW.

So walaupun baru sebulan, saya boleh katakan bertukar tempat kerja is not that bad.

Not bad at all...

Wednesday, November 21, 2012

Dunia Baru

It's not ok when u have blogs & suddenly only 1 posting per year. Then post kali ini adalah wajib sebelum 2012 berakhir.

Rupanya saya agak sensitif bila mengenang kembali zaman saya mula2 melapor diri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 6 tahun lalu, mengenangkan susah payah dan penat jerih buat kerja & belajar daripada semua orang tak kira pangkat & masa. Segala jasa baik orang lain kepada saya, segala kenangan lama selama 6 tahun tersebut tiba2 terpacul dalam kotak fikiran satu persatu, semuanya sangat jelas kelihatan. Jamuan perpisahan baru2 ini untuk meraikan minggu terakhir saya di KKLW saya jadi sebak sebaik memulakan bicara. Adoi, malu juga tapi setidaknya saya jujur dengan perasaan saya.

Emel farewell agak lambat dihantar kerana tak sanggup nak membaca kembali draf yang dah lama saya buat. Macam lebih banyak jiwang dan terlebih feeling je bunyinya. Minggu ini saya akan emel juga walaupun dah masuk 4 hari meninggalkan KKLW secara rasmi sebelum ICT delete akaun emel saya selepas ini.

Apa yang lebih penting adalah move forward, learn new things & take everything positively. Because why? Because that is what important most.

JPA, here I come.

Hello dunia baru.

Friday, March 30, 2012

It's Friday, Thank God Resources Are Limited

Dari dulu lagi saya rasa saya tak cukup staf untuk bantu kerja-kerja saya. Bukan nak mengeluh, tapi bila dah dibiasakan dengan prinsip 'guna sahaja apa yang ada', ataupun prinsip 'take it or leave it', saya teruskan sahaja kerja-kerja harian dengan redha dan cuba atasi perasaan negatif akibat lambakan kerja hari demi hari.

Dalam kes kurang staf ni, pada pandangan saya pegawai penyelia harus cuba sedaya upaya mengkaji beban tugas subordiates. Cuba bantu subordinates dengan initiate kerja-kerja awal atau buat homework kaedah laksana, dan seterusnya bila dah sampai ke peringkat  sesuatu kerja itu dah sesuai dan mampu dilaksanakan di peringkat subordinate, berikan tanggung jawab pelaksanaannya kepada mereka. Beban kerja bos kena la berat sikit berbanding anak buah, then the salary justification goes right.

All in all, saya rasa things should go better if my resources are unlimited; which saya boleh ada ramai staf yang boleh bantu every single task saya.

Unfortunately the rule says resources are limited.

But thank god resources are limited. Dengan ciptaan peraturan sebegitu rupa, manusia dapat menggunakan 100% more brain capability & self ability untuk produce sesuatu. Sentiasa akan ada self correction untuk sentiasa buat yang terbaik. Sentiasa juga akan ada kajian mengoptimumkan sumber sedia ada dengan beban dan situasi yang sentiasa berbeza-beza. Kebolehupayaan manusia untuk adaptasi kedinamikan ini yang membuatkan manusia istimewa di kalangan makhluk lain lantas dijadikan khalifah.

Sekiranya resources are unlimited, manusia akan mula jadi malas dan hilang rasa perlunya berusaha lebih. Lama-kelamaan otak pun jadi lemah dan hilang fungsi daya berfikir dan membuat pertimbangan. Jadi mulalah nanti nafsu makan diri sendiri. Ada juga yang pass 'ujian' nikmat sumber ini dengan diberikan almost unlimited resources, sama ada dari segi material atau non-material, tapi amat sikit. Beri sahaja duit berlonggok-longgok kepada seseorang itu dan lihat apa yang akan dibuatnya kalau tidak berbelanja dengan boros untuk diri sendiri.

Jadi, bersyukurlah dengan sumber yang sedikit itu, kerana hidup tetap perlu diteruskan.

So, today is Friday, and this is the day I thought that we might thanks to God resources are limited!