Sunday, March 26, 2006

Template baru & Malam esok kerja

Hari ni template blog baru lagi. Thanks to Isnaini.

Ahad malam isnin biasanya aku tengok 3 rancangan tv je.
Pertama, teater klasik. Layan cite P Ramlee daa... syok gak. Atau...

Kedua, The Apprentice. Sekarang dah jarang tengok sbb lewat sgt. Rasanya season baru ni dah tukar hari lain kot. Tak perasan... Atau...

Ketiga, kat TV1 pukul 9pm ada Debat Perdana. Ntah mcm mane, banyak2 rancangan TV mlm esok nak kerja ni, rancangan ni yang aku selalu gak tengok. Bole la kalau setakat nak kasi otak aku ni jalan sket dgn pikir benda2 berat pasal topik debat tu. Dalam banyak2 panel yang pernah aku tengok, biasanya academician la yang paling aku suka. Cool, hujah tersusun dan cukup berdiplomatik. Kalau ade wakil dari parti politik, sah2 penuh dengan pertikaman lidah. Biasa la... taknak kalah. Minggu ni kesian sket, DAP satu2nya wakil pembangkang dengan 3 panel lagi lebih kepada orang pro-kerajaan dan kebetulan takde academician yang biasanya akan meneutralkan keadaan. Kaw-kaw YB Lim Guan Eng kena. Prof Ungku Aziz & Dr. Chandra Muzaffar antara academician favourite aku.

Paling kesian, Datuk pengerusi majlis bagi aku gagal untuk nampak neutral walaupun aku rasa dia sedaya upaya to be one.

Minat dgn politik & isu berat.

Sunday, March 19, 2006

Game

Dah lama aku tak main computer game.

Sekolah rendah
Back in time zaman sekolah rendah, aku memang tak pernah merasa console game, PS2 ke, Mario Bro. ke. So memang hampir takde rekod pernah main game pape zaman ni.

Sekolah menengah
Computer game pertama dalam hidup aku: Solitaire. Thanks to ayah yang beli 1st ever komputer time aku form 1. "Untuk anak2 belajar komputer" kata dia. Tak sangka sampai sekarang aku melekat dengan industri berkait komputer.

Time ni gak aku mula kenal2 game arked, game yg kene masuk 20sen/token. Ade gak a few times pegi temankan member main game jenis ni kat Plaza Chi Liung, Plaza MPK kat bandar Klang.

Univarsitas
Start kenal2:

  • Championship manager (CM) - paling aku ketagih
  • Half-life
  • Counter strike (CS)
  • Red Alert
  • Need for speed
  • Doom
  • Virtual cop
  • FIFA World Cup
Sekarang
Aku main Fantasy EPL je. A game based on real EPL... dan macam biasa lah, setiap game ade addiction-nya. Walaupun tak kene jenguk hari2, tapi sentiasa je tak sabar nak tau result EPL. Sekali jenguk kdg2 tu berjam2 gak la.

Team aku
=======

Nama:
Lauk FC (Amik dari nama team futsal klik2 aku sejak dari matrix lagi)
League joined:
Liga ExKI 98 & Liga Jengjengjeng
Current standings:
12th Liga ExKI 98 & 4th Liga Jengjengjeng
Points :
69pts max, 18pts min



The screenshot

Few months lepas EPL abis karang, taktau la aku nak main ape.