Friday, March 26, 2010

Lillahi Ta'ala

saya selalu terlewat melawat surau di Aras 6 tu pada waktu yg sepatutnya, kononnya alasan kerja byk.

membuatkan saya terfikir, at what exact time really saya benar2 lakukan sesuatu kerana niat yg betul2 ikhlas, dan kerana ibadah, bukan kerana kena buat semata2? di mana la agaknye saya dalam kategori ikhlas yang 3 tu. patutla hati tak tenang, rezeki tak berkat.

sampai hati saya ikrarkan hidup dan mati saya semata2 kerana Allah tuhan sekalian alam, sedangkan perlakuan saya tak menampilkan janji saya tu.

kerja sampai mati pun takkan abis weh..

Thursday, March 11, 2010

Google Reader

Kenapa saya guna fungsi RSS Feed?

1-saya tak perlu risau kehilangan bookmark website kegemaran saya, sbb semua 'suapan' saya ada online. tak mungkin akan hilang.

2-oleh sbb RSS reader saya adalah web-based reader, di mana2 je saya boleh access site kegemaran saya tanpa perlu ingat address nya asalkan ada internet access.

3-tak perlu pergi ke site yg saya dah langgan tu utk baca entry terbaru, in fact apa2 entry terbaru satu2 site/blog tu akan masuk terus dlm subscription dalam RSS reader saya. bermaksud tuan punya site/blog tak akan tahu saya baca site/blog mereka walaupun mereka ada taruk tools yg boleh kesan visitor dari mana. macam konsep push data.

4-sebarang latest news cthnya mlm tadi ada keluar Pekeliling baru dari JPA, atau sebagainya saya boleh terus tau almost immediately sbb RSS reader saya akan highlight entry terbaru tu, known as 'unread item'.

5-boleh kategorikan laman yang di'suap'/langgan dengan sort ikut jenis site yang dilanggan. saya ada kategori blog kawan2, blog politik, affiliations saya, berita aliran perdana dan laman2 hobi. senang, tak serabut.

6-boleh share apa entry yg dibaca dari RSS reader dgn kawan2 yg lain yg mana mereka jadi follower kita and vice versa.

7-Site yang dilanggan via RSS Feed boleh masuk dalam mobile phone utk orang2 yg selalu on-the-go, dgn syarat phone tu support RSS Feed.


bagi saya ia tools yg cukup menarik, semua 48 sites yang saya telah langgan/suapkan ke RSS reader saya, saya hanya perlu baca kandungannya daripada satu tempat je iaitu interface RSS reader tanpa perlu pergi kepada semua 48 sites tu.

Saya suka Google Reader saya!

interface Google Reader