Monday, December 11, 2006

Love Style




Your Love Style is Storge


For you, love and friendship are almost the same thing
And your love tends to be the enduring, long lasting kind
(You've been known to still have connections with exes)
But sometimes your love is not the most passionate
Leap before you look, and you'll find that fire you crave

Isnin yang biru

Aku yang takde keje harini:


  1. Check team Fantasy Premier League aku
    Arsenik FC dpt 53 points. Thanx to Kanu, Lampard, Ronaldo & Campbell yg tlg bykkan point . still to come, 2nd game for Chelsea & Arsenal. Go Fabregas!
  2. Browse for page on modified Proton Saga
    Rear brake disc from VR4, enjin Mitsubishi 4G91/93, Kayaba shock absorber, 15" rims bla bla bla... karut je aku ni
  3. Check Gmail & Yahoo mail aku
  4. Online kat Meebo
    Hasrol ajar cara nak logon Meebo + pass thru firewall Kementerian - success! borak kejap dgn Aizwan, Olie, Wan Azhar
  5. Download and install Picasa 2 kat laptop aku
    Picasa - dah lama tak pakai software ni sejak Kak Sheila introduce kat aku. Free, ease yet a powerful tool for image editing
  6. Browse Friendster orang
    Yusman, Group PTD 1/2006, Nur, AripSamat, & ntah sape2 lagi.. suka2 bkk page org.
  7. Baca Blog member
    Sue, Kak Sheila, Amrah, Habri...
  8. Baca artikel bos bagi tentang "Gap Analysis", projek baru bos - selang 5 minit baca, aku dah start alih mata ke tempat lain.

Aku betul2 salahguna masa pejabat harini... Monday blues orang kata...Rasa betul2 nak balik rumah skrg jgk, tengok Naruto + DVD2 dr Penang yg aku beli tak tengok2 lagi sampai harini + tido. Goshhh... cepat la pkl 5.30

12.25pm - aku chalo jgk akhirnya pegi merayau jalan2 cari pasal kat Bahagian lain

Tuesday, November 14, 2006

I miss my previous job


Darn! Been like decades since the last post was posted. Too busy maybe?
I was about to find for myself a notebook when somehow I realized how much I love my previous job. It's complicated but... urghh... hopefully someday I could do those thing again... err... or maybe I could only dreaming to become one again :(
I miss that 10kilos lappie I used to carried around to do my work, I miss that control room with a lot of big screens inside it, I miss the people there, I miss that small desk that I usually sat to do my work, I miss that pingpong table there and most importantly I miss that black screens I used to had difficulties to used to it. I miss every single moment there, every single things there and felt like as if I just leave HTP yesterday... and suddenly I hate my current job...

But then life must goes on bro! Slowly lah, trying my best in whatever I do.
Sempena hari yang 'kerinduan' ni, aku post some pix yang potray part of my previous job.



logon ke dalam sistem sebagai Database Admin


reload data mengikut table partition dalam database


ambil source data, and import sebagai fail 'sysrec' sebagai input utk next data loading


load data pakai offline method (dari backup tape) guna tool DSNUPROC


dapatkan structure table, import sebagai 'syspunch' utk create table baru dgn structure table yang sama


drop table index statement success


job utk load data masuk dlm table. main table biasenye amik 4-5 jam utk load completion


ada 450,015 org rakyat malaysia sebaya dengan aku


ada 1,165 org rakyat malaysia lahir pada tarikh 27 januari 1981


nama aku dalam database rakyat malaysia



"Dear DB2 Administrator......." I really missed that call name I used to be called. Darn!



Sunday, September 24, 2006

Weak point

Bulan puasa baru la dapat duduk kat opis. Letih pegi sane sini nih. Dapat la naik airplane buat pertama kalinya. Jakun!

Aku dah mula rasa keseriusan dalam kerjaya baru aku ni. Miss a lot kawan2 UIA, dah lama tak jumpa. In return, dapat la jugak kawan2 baru sbb keje aku mmg jumpa ramai orang. And as time goes by, sesi pengumpulan kelemahan diri pun bermula. Konon nak improve la sbb the pressure is there.

Aku:
  • A good imposter - di depan certain orang, aku sometime jadi bukan Adli & a personality which i do not want to become. Ikhlas tarak, low self-actualization, lemah minda.
  • Lomah daya fokus - Kalau dah ade satu keje tu, nak fokus pd sesuatu yang lain memang susah. Arghh! Fokus le beb!
  • Bad interaction skill - Haha, introvert sejak azali!!


Kursus pertama yang aku handle.


Pemandangan Cameron time nak hujan dari kaca cermin kereta Afnan.


A good companion. Afnan & Intan.


Jambatan Penang dari dalam Boeing 737.


Member @ Padang Kota Lama pekena Pasemboq

Tuesday, August 08, 2006

PTD what...?

Hehh.. modul PTD unggul la konon.
Happy to learn semua 3 step ponco-ponco, sejenis tarian aerobik yang tradisinya biasa dipakai waktu jamuan/keraian formal terutama dalam Polis.

Well, 2 minggu kat Kemaman, aku dapat alergik kat leher, cirit birit sampai 3-4 hari, pedih bawah dagu sebab kene shave hari2 selain dari benda2 lain yg memang sepatutnya aku dapat.
Plus, dapat journey Kemaman-KL dengan Honda Civic. Impressive loh!

Dari kiri: Faizal, Rozaimie, Aku dalam dewan tgh tggu ceramah start (time to take a nap!)

......and later, tetiba aku ade kat Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

Thursday, June 29, 2006

Kutuk

Scenario 1
Februari 2005 - Start applying for TMNet Streamyx untuk rumah aku

Jun 2005 - Still takde respon dari TMNet. Reapply again.

September 2005 - Reapply again. This time I figure out that takde port allocated utk area aku.
February 2006 - Start masuk line Streamyx kat rumah. Must it be 1 year just utk tunggu je?!
Sucks #1



Scenario 2
So far so good, tapi the line seems not as fast as the ads claim. Try dgn bandwith test tool lagik. 512K, tapi dpt 276K je??
Sucks #2










Scenario 3

1 Gbps? They've got to be kidding!
Itu la satu2 nya hari aku dpt msg mcm tu. Sucks






Saturday, June 24, 2006

"Majlis Lambaian Wakafan 98"

Output:
  • Berjaya kumpul budak2 KISAS batch 98 (okla wlwpun 70 org je yg turned up)
  • Berjaya kutip derma RM utk sekolah
  • Dapat ramah mesra dengan pengetua, cikgu & sesama alumnus
  • As a formal reunion for batch of 1998 - starting point for out next series of activities

Aku: Berdiri; dua dari kanan. Sebelah kiri aku pun Adli jugak



Saturday, June 17, 2006

Lucky me

Sepanjang hidup aku, rasanya this is the 1st time aku dpt cabutan bertuah. Never feel so lucky untill last week. The prize's worth RM1000 beb. So terpaksa lah basikal ni parking dalam rumah, instead kat luar je. Huhu... Aku memang ada enthusiasm pada basikal sejak darjah5 (think so). Almost tiap2 hari aku akan rekod catatan masa berbasikal aku dari rumah ke sekolah agama... Sampai kejang2 jugak la kaki bila dah sampai kat sekolah. Isk2...

The last time aku naik basikal ni during 2003, ekpedisi berbasikal Gombak-Port Dickson. What an experience! Wish one day aku dapat repeat balik such this xpdc. Maybe naik Genting pulak ke.. peh!

"Grand lucky draw" tag disamping plat kereta aku yang membawa tuah kepada lucky draw ni


Gambar lagi


Proton T-Blaze!



Gambar T-Blaze (Full specs) dari website Proton-Edar




Saturday, June 10, 2006

Naruto!


Naruto series at my notebook with cd wallet containing the whole CDs

I was addicted to Naruto anime series within this 2-3 weeks back. Thanks to Faizal yang supply CD. Maybe a bit too late utk layan Naruto ni walaupun anime ni dah lama aku dengar, tak silapnya zaman aku 3rd year dulu. Well, tak ketinggalan jugak kawan2 Kisas aku yg layan cerita ni. So aku pinjam the whole 1st 100 episodes yg dah siap2 burn kat CD. As a result, siang malam dok layan Naruto nih, almost 3 weeks in a row.

Naruto - aku kagum dengan sentimen harga diri dan faktor motivasi utk diri sendiri yang aku nampak cuba ditonjolkan dalam anime ni dalam watak2 tertentu. Walaupun hanya sekadar anime, the value-added is there.

My new wallpaper. Gattebayo!!


Saturday, May 06, 2006

10 New Things

Just got this from one of my fren's blog. Wanted to give it a try:

10 new things

[1] New job?
Nope, just been here for 4 months. Maybe for another 3-4 years, yes.

[2] New addiction?
Notebook, IBM DB2 UDB, Amy Lee (again?) and World Cup

[3] New addition to album collection?
Not interested in collecting since the pirated ones hard to find nowadays. haha!

[3] New app development thingy interest?
Hate programming

[4] New crush?
Amy Lee

[5] New gadget?
Trying not to have any for this while.
Rechargeable batteries and its charger - is it considered gadgets?

[6] New profound admiration for someone?
Ayah - he's simply a great guy ever. Recently he got an internal award from his employer.

[7] New fear factor?
Dentist - had a toothache recently

[8] New picked-it-up-again routines?
Had to stay back late in office this week. Got tones of workload there

[9] New vcd acquired?
Sekarang DVD mehh.. None, dah lama tak pegi Sg Wang

[10] New wardrobe/footwear/handbags/accessories?
By next month, maybe shoes.
Sindrom claim dah masuk.


After composing this post, I figure out that my English's so terrible. haha

Saturday, April 22, 2006

"A Walk To Remember"


Bukan untuk jiwang atau ape, but love this movie so much. It's all about yourself and what u really want in life. Based on a best-selling novel.

Err.. aku jiwang ke?

Sunday, April 09, 2006

Anniversary

Happy birthday to ayah yang ke 54!
...and happy anniversary to myself yang ke 0.167 selama bekerja di tempat keje yang baru. (0.167 = 2 per 12 bulan). Baru 2 bulan pun nak kecoh.. haha

Been very interested dalam skop kerja aku. All the time been looking to black screens and no GUI at all. New things, learning it everyday.

Baru 2 bulan kat sini jugak la aku dah start berkira2 where I would be in the next 5 years. Perhaps somewhere where lots of non-Malay inside it? Huhh... tengok la karang

One good thing kat kompeni ni, once nak belajar something new, senior2 takkan kedekut ilmu nak bagi tunjuk ajar even se detail mane pun. Maybe tu satu kelebihan kat kompeni Bumiputra. Not sure...

The black screens

Birthday ayah? Maybe an aquarium for him. Dok sebut2 je pasal nak beli akuarium sejak dua tiga bulan ni. Teringat aku insiden aku ter'bunuh' ikan emas ayah 3 bulan lepas. Baru aku tau ikan emas ni akan mati kalo bagi terlebih makan. Terlebih makan pun bleh mati. To be nice, aku ganti la balik ikan2 tu.

Ikan2 emas ayah dalam akuarium custom made dia yang dah siap aku ganti

Sebenarnya aku pun dah lama nakkan akuarium ala2 kontemporari kat umah ni. Minat yang sama ngan ayah. Allah blesses u ayah!


Sunday, March 26, 2006

Template baru & Malam esok kerja

Hari ni template blog baru lagi. Thanks to Isnaini.

Ahad malam isnin biasanya aku tengok 3 rancangan tv je.
Pertama, teater klasik. Layan cite P Ramlee daa... syok gak. Atau...

Kedua, The Apprentice. Sekarang dah jarang tengok sbb lewat sgt. Rasanya season baru ni dah tukar hari lain kot. Tak perasan... Atau...

Ketiga, kat TV1 pukul 9pm ada Debat Perdana. Ntah mcm mane, banyak2 rancangan TV mlm esok nak kerja ni, rancangan ni yang aku selalu gak tengok. Bole la kalau setakat nak kasi otak aku ni jalan sket dgn pikir benda2 berat pasal topik debat tu. Dalam banyak2 panel yang pernah aku tengok, biasanya academician la yang paling aku suka. Cool, hujah tersusun dan cukup berdiplomatik. Kalau ade wakil dari parti politik, sah2 penuh dengan pertikaman lidah. Biasa la... taknak kalah. Minggu ni kesian sket, DAP satu2nya wakil pembangkang dengan 3 panel lagi lebih kepada orang pro-kerajaan dan kebetulan takde academician yang biasanya akan meneutralkan keadaan. Kaw-kaw YB Lim Guan Eng kena. Prof Ungku Aziz & Dr. Chandra Muzaffar antara academician favourite aku.

Paling kesian, Datuk pengerusi majlis bagi aku gagal untuk nampak neutral walaupun aku rasa dia sedaya upaya to be one.

Minat dgn politik & isu berat.

Sunday, March 19, 2006

Game

Dah lama aku tak main computer game.

Sekolah rendah
Back in time zaman sekolah rendah, aku memang tak pernah merasa console game, PS2 ke, Mario Bro. ke. So memang hampir takde rekod pernah main game pape zaman ni.

Sekolah menengah
Computer game pertama dalam hidup aku: Solitaire. Thanks to ayah yang beli 1st ever komputer time aku form 1. "Untuk anak2 belajar komputer" kata dia. Tak sangka sampai sekarang aku melekat dengan industri berkait komputer.

Time ni gak aku mula kenal2 game arked, game yg kene masuk 20sen/token. Ade gak a few times pegi temankan member main game jenis ni kat Plaza Chi Liung, Plaza MPK kat bandar Klang.

Univarsitas
Start kenal2:

  • Championship manager (CM) - paling aku ketagih
  • Half-life
  • Counter strike (CS)
  • Red Alert
  • Need for speed
  • Doom
  • Virtual cop
  • FIFA World Cup
Sekarang
Aku main Fantasy EPL je. A game based on real EPL... dan macam biasa lah, setiap game ade addiction-nya. Walaupun tak kene jenguk hari2, tapi sentiasa je tak sabar nak tau result EPL. Sekali jenguk kdg2 tu berjam2 gak la.

Team aku
=======

Nama:
Lauk FC (Amik dari nama team futsal klik2 aku sejak dari matrix lagi)
League joined:
Liga ExKI 98 & Liga Jengjengjeng
Current standings:
12th Liga ExKI 98 & 4th Liga Jengjengjeng
Points :
69pts max, 18pts min



The screenshot

Few months lepas EPL abis karang, taktau la aku nak main ape.

Thursday, February 16, 2006

Hijau?

"Adli, your true color is Green!

You're green, the color of growth and vigor. Good-hearted and giving, you have a knack for finding and bringing out the best in people. Green is the most down-to-earth color in the spectrum — reliable and trustworthy. People know they can count on you to be around in times of need, since your concern for people is genuine and sincere. You take pride in being a good friend. For you, success is measured in terms of personal achievement and growth, not by status or position. Rare as emeralds, greens are wonderful, natural people. It truly is your color!...... "

Bende alah result test dari Tickle ni just do it for fun je. Tak sangka lak "hijau" result dia. Hmm... expecting biru sebenarnya.

Teringat kecik2 dulu kami adik beradik ada kaler masing2. Gue=kuning, Ila=merah, Asan=hijau, Anas=biru. So kalau mak ade belikan gula2 contohnya, kami akan ambik gula2 yang kaler masing2 je. Mak lak pandai belikan kami ikut amaun & kaler yang ngam2 utk kami berempat. Paling ketara kalau bab berus gigi. Masing2 ada kaler utk berus gigi masing2. Bagus utk tujuan pengecaman, so takde la orang lain terpakai berus gigi orang lain! Kenapa aku dapat kaler kuning, aku pun tak sure. Dah besar suka biru lak. Hmm... rindu lak kat Asan & Ila. Dah lama tak kumpul sama2 kat rumah :( Wishing them the best dlm study dorang...


Saturday, February 11, 2006

Mainframe's play

Stationed kat projek Jab. Pendaftaran Negara (JPN), aku still undergoing training utk mainframe programming. Gile babas term2 yg aku baru dapat :
  • CICS - main application kat mainframe
  • MVS - OS mainframe
  • dumb terminal - terminal direct akses ke 3174 TSU
  • DASD - massive storage a.k.a. hard disk dlm CPU
  • Zara/Zeke - tape mgt/scheduler
  • LPAR - partition
Byk lagi term2 yg tak bape nak paham sbb mostly wujud bkn dlm bentuk physical e.g.: JCL, TSO. Rasa mcm bangang je masuk dlm team ni. sume aku taktau. slow2 la belajar.

menariknya kat sini, team ni ade access ke DB JPN. cuba teka ape aku dapat? gambar aku time darjah 6!! selenga siut... haha, si rambut besar.


hehe... pasni maybe tengok gambar Ct kecik2 plak kot? :)

Sunday, January 29, 2006

New camera lorr..

3 kali aku masuk kedai kamera kat Berjaya Times Square tu just nak make sure I'm doing the right thing, buying a new digital camera after seeing it once and first time kat kedai tu. Penat je buat review kat Net. Set kepala otak nak angkat Ixus30 [price range RM800 and below skrg ni], tp bateri rechargable dia mahal nak mampus - RM200 kata tokey kedai tu. So aku decide [dibantu oleh pujukan tokey kedai tu] utk beli yang ni. Pakai 2xAA bateri je. Well, Carl-Zeiss lens maa... berbaloi... at low price. that's more important :P






Apesal ntah aku minat sgt photography stuff ni??


Monday, January 23, 2006

Integra & Chancellor

Jarang2 dapat tengok Honda Integra kat sini. One lucky day, on d way ke Setiawangsa, betul2 kat depan aku kat Federal Highway sekitar PJ ternmpak la aku satu Honda Integra kelabu. tgh 80km/h and sempat gak amik gambar dgn henpon aku. bahaya gile! takpe... Integra punye pasal. Sumber2 dari Internet bgtau yg Integra ni wlwpun tak sepower Nissan Skyline & Subaru Impreza WRX, tp dia ade superb handling. well, Honda kan. Tp aku.. minat lagi Nissan Skyline!



Another day, semayang jumaat kat Masjid Putra, 2 bijik Waja Chancellor plak. Biase je exterior dia. Cuma terbayang lepas ni maybe version Waja hanya akan keluar dengan Campro (macam pro!) je. nothing to be impressed pun.



Syukur je aku dengan Saga buruk aku tu... :)

Thursday, January 19, 2006

Gua cilok lu



Baik Punya Cilok:
  1. fine piece of art, hasil satu kreativiti dan satu dimensi baru dalam era perfileman melayu. something different utk movie melayu.
  2. pengolahan skrip scene mmg cun. almost setiap scene tak membosankan
  3. cerita rakyat yang lojik, nampak real dan tidak melampau2. ada sesetengah filem yang tayang cerita rakyat gak, tapi scene tarak kualiti walaupun pengarahnya Prof ;)
  4. kelaka abis. this weekend tgk lagi ah!
Worth to watch. sape tanak tengok awie jd mat bunga..? gua cilok lu!

Friday, January 06, 2006

Low

Nama: Mohd Saiful Adli
Tema hari ini: Hari Diam Sedunia
Motivational level today: VERY LOW!