Monday, April 22, 2013

Momok

Saya tak rasa pengundi sekarang membuta tuli boleh terpengaruh dengan isu kempen yang sangat chauvinish perkauman, bermain dengan sentimen sensitif apatah lagi usaha memomokkan pengundi dengan kesan & akibat undian yang dibuat. Saya rasa itu sangat tidak matang.

Saya mengidamkan suasana politik yang lebih terbuka, pengundi boleh membuat pilihan atas dasar kebolehan dan keupayaan calon & dasar parti yang bakal membawa banyak kebaikan kepadanya mahupun rakyat, dan bukannya hanya menimbulkan aura panik dengan memomokkan rakyat dengan perkara yang tidak pasti.

Saya lebih mahukan pemimpin yang berterusan memperjuangkan prinsip2nya dan tahu bahawa pembelaan rakyat yang diperjuangkan bukan hanya kerana mahu kuasa politik malah tanggung jawab yang berat untuk dipikul. Barrack Obama kekal di penggal kedua kerana perjuangannya, rakyat US percaya melihatkan usaha2 beliau.

Kita Muslim mungkin boleh revisit semula kisah Umar Abdul Aziz.

Thursday, April 18, 2013

Tolong, saya tak bersalah!

Lately ni saya sibuk menjenguk blog ni disebabkan ada tetamu yang tak diundang menumpang posting kat sini. Bukan sikit2 sekali posting. Jenuh nak delete satu2 entry yang tak berkenaan tu. 



Tolong la, saya tak bersalah. Password dah tukar pun masih ada lagi posting tu. 

Kesian kat blog yang dah lama tak update mungkin.