Sunday, March 26, 2006

Template baru & Malam esok kerja

Hari ni template blog baru lagi. Thanks to Isnaini.

Ahad malam isnin biasanya aku tengok 3 rancangan tv je.
Pertama, teater klasik. Layan cite P Ramlee daa... syok gak. Atau...

Kedua, The Apprentice. Sekarang dah jarang tengok sbb lewat sgt. Rasanya season baru ni dah tukar hari lain kot. Tak perasan... Atau...

Ketiga, kat TV1 pukul 9pm ada Debat Perdana. Ntah mcm mane, banyak2 rancangan TV mlm esok nak kerja ni, rancangan ni yang aku selalu gak tengok. Bole la kalau setakat nak kasi otak aku ni jalan sket dgn pikir benda2 berat pasal topik debat tu. Dalam banyak2 panel yang pernah aku tengok, biasanya academician la yang paling aku suka. Cool, hujah tersusun dan cukup berdiplomatik. Kalau ade wakil dari parti politik, sah2 penuh dengan pertikaman lidah. Biasa la... taknak kalah. Minggu ni kesian sket, DAP satu2nya wakil pembangkang dengan 3 panel lagi lebih kepada orang pro-kerajaan dan kebetulan takde academician yang biasanya akan meneutralkan keadaan. Kaw-kaw YB Lim Guan Eng kena. Prof Ungku Aziz & Dr. Chandra Muzaffar antara academician favourite aku.

Paling kesian, Datuk pengerusi majlis bagi aku gagal untuk nampak neutral walaupun aku rasa dia sedaya upaya to be one.

Minat dgn politik & isu berat.

No comments: