Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Saturday, April 18, 2009

Really, seriously

i'm no good at handling critical situation. at home or at office. all those 'cool'ness went missing and i become lost and later be a loser. indecisive? maybe. not-that-smart is probably the term to describe.

maybe i was dreaming being at a world where other ppl think and react as i am. i imagined ppl would reach my own deep feeling as i'm trying very best to do the same at them. i might want the world is simple wherebut there is always cruelty and injustice. maybe i was so naive and so typically Adli instead of whom i should be, at the office or at home.

ppl are judging the others so quickly and so unfairly that i was so stupid to believe that other ppl would do the same fairly things done to them beforehand.

silly me,the world are changing while i'm not. oh, world. silly me, other ppl are taking advantages out of me while i sort out things in proper priorities for better result. silly me to believe the world are full with decent and ppl with empathy when there is almost none.

gosh, i need a break. really, seriously.

Sunday, January 25, 2009

Sayang!

ini perbualan kisah benar ttg tak hargai perasaan org dan suka hati nak ckp ape2.

pakcik A: hasan (adik aku) buat ape skrg?
aku: owh, dia dpt offer DPLI itu hari, tp dia bgtau nak quit sbb xminat
pakcik A: abistu dia minat nk jd ape?
aku: dia cadang nak amik master and jadi lecturer. along (aku membahasakan diri aku sbg along pd pakcik a) cdgkn jd lecturer dlu br amik master tp xtaula dia nak decide cmne. dia minat nak amik master
pakcik A: owh kalo nak jadi lecturer ni susah skrg, BA kene CGPA 3.7 ke atas. byk IPTA mcm tu skrg
aku: owh gitu ke.. (geram dan terus terdiam)

kpd pakcik a, aku tau anak ko dapat jadi lecturer kat UM sane tu, mmg hebat. kerja pakcik A pun hebat sama, selalu ke luar negara n merantau satu malaysia, jd org bsr dok rasmi majlis sane sini, buat naziran dr perlis sampai sabah.

tp kalo nak ckp tu agak2la, pandang la org lain, jgn ego. jgn nak bunuh harapan org lain. yg ko dok ckp tu bknnye org lain, tp anak buah ko sendiri merangkap adik aku. hargaila perasaan org lain wlwpn org tu tak sehebat ko. pikirla in advance ape kesan emosi drp setiap butir kata tu. ilmu penuh di dada,tp sayang... bila cakap tak pakai otak dan tak pakai hati.

peningla perangai org mcm ni. lantak ko lah. pengajaran utk aku dan jgk utk sesiapa yg mahu beringat.

aku marah ke? takkk... SAYANGGG

Thursday, June 29, 2006

Kutuk

Scenario 1
Februari 2005 - Start applying for TMNet Streamyx untuk rumah aku

Jun 2005 - Still takde respon dari TMNet. Reapply again.

September 2005 - Reapply again. This time I figure out that takde port allocated utk area aku.
February 2006 - Start masuk line Streamyx kat rumah. Must it be 1 year just utk tunggu je?!
Sucks #1



Scenario 2
So far so good, tapi the line seems not as fast as the ads claim. Try dgn bandwith test tool lagik. 512K, tapi dpt 276K je??
Sucks #2










Scenario 3

1 Gbps? They've got to be kidding!
Itu la satu2 nya hari aku dpt msg mcm tu. Sucks






Friday, January 06, 2006

Low

Nama: Mohd Saiful Adli
Tema hari ini: Hari Diam Sedunia
Motivational level today: VERY LOW!

Friday, September 16, 2005

Bangsa + t

Situasi A

Suatu petang di Kedai A yang menjual henfon di Klang. Aku, tokey kedai yang berbangsa cina dan salegirl melayu.

Aku: Dik, henfon ni berapa harga?

Salesgirl: RM640 bang
Aku: Tak boleh kurang lagi ke?

(Aku dah survey sebenarnya harga henfon yang sama pd hari sebelumnya dengan tokey kedai tu sendiri. RM635 je. Harga dia mahal rm5 dari harga yg tokey dia bagi smlm. Saje je nak test salesgirl tu)

Salesgirl: tak boleh la bang, ni pun untung sikit je

Aku: Ala, takkan takleh kurang 10-20 ringgit
Salesgirl: Takleh la bang, ni mmg harga dia
Aku: Saya cakap terus terang la dik ye. Saye smlm tanye kat awak punye tokey, dia bleh bagi rm635. Tapi hari ni ngan awak naik rm5 lak jadi rm640

Salesgirl: Alah bang, tu harga semalam. Hari ni harga lain.


(tak lojik tul. aku dah rasa dia kurang ajar ngan ayat ni. celake)

Aku: Eh, ape lak lain2. mane bleh naik camtu je. Beza sehari je plak tu.Ntah2
awak nak makan yang rm5 tu kot? (gurau la kononnya ni sambil tersengih mcm kerang busuk)

Salesgirl: Abang… abang kalo tanak beli jangan nak cakap saya yg bukan2.

Aku Eh.. marah plak dia. Saya takde niat pun nak hina awak sebenarnye. Saya just nak tawar harga henpon ni je

Salesgirl: Cara abang cakap tu macam saya ni teruk sgt je. Kalo saya nak sangat
makan rm5 tu, dah lama saya up jadi rm645 (dia dah mula tarik muka dan simpan balik henfon yang aku nak tengok tu masuk dlm almari sambil hempas2)

Aku: Ok la. Camni…saya just nak mintak murah sikit je. Kalo tak bole cakap tak boleh.
Salesgirl: Memang tak boleh!!

Aku: Eh, kalo camni la sikap orang melayu……. (aku mula berleter pasal sikap org melayu yg tipikal macam dia. Lame gak)


Aku: Saya boleh je nak beli kat kedai lain kalo saya nak
Salesgirl: Hahh…pegi lah. Tak kisah pun!
Aku: Okeh.. takpe la. TERIMA KASIH!! (nada perli)
Salesgirl: SAMA2!! (nada hangin)

Bangsat! Melayu aku…


---------------------------------------------
Situasi B


Di satu petang di lebuhraya LDP di sekitar Puchong, aku tgh drive baru balik dari Putrajaya. Satu Wira biru baru keluar dari simpang nak masuk ke highway, terus nak masuk lane aku yg kat tengah2 highway. Takde signal, masuk terus himpit rapat ke keta aku. Aku bagi jalan jugak la tp sebagai balasan atas kurang ajar dia tu, aku hon dia dekat 20 saat. Lame tuh. Dia panas. Suppose dia dah pegi jauh, tp aku still hon dia dari belakang. Dia slow kan keta dia and then brek mengejut kat depan aku kononnye tak puas hati ngan aku. Aku pun brek emergency gak nak elak dari langgar bumper dia yg dah betul2 kat depan aku. Sambil memecut sejurus lepas tu, free2 aku dapat jari tengah dia dari celah tingkap keta dia. Secara automatic, aku pun membalas ngan jari yang sama gak. Nyesal gak balas, tp ter automatic lak. Dah buat salah, tp still rasa samseng. Driver tu Melayu la for sure. Hehh… Bangsat! Melayu aku…


--------------------------------------------
Situasi C

Di satu tengahari di MRR2, satu keta di lane paling kiri nak masuk lane aku kat tengah2. Bahaya gile! Dah ler keta aku dah lintas separuh dari badan keta dia. Tapi aku paham konsep “blind side” dalam side mirror keta ni. Maybe dia tak perasan. So aku just hon, then dia ke tepi balik, and aku terus potong dia. Lepas tu dari side mirror kiri aku, aku tgk dia try nak overtake aku lak. Dalam hati, ni mesti samseng mane nih, tak puas hati sbb aku hon dia. Sambil dia potong keta aku dari lane kiri tu, sambil dia pandang aku, angkat tangan dan tunduk kepala. Tanda maaf?? Pehh… kagum aku. Driver tu Chinese. For sure bkn bangsa aku la utk buat camtu!


Bangsa aku…

Tuesday, September 13, 2005

Peristiwa berdarah di IKEA

Hampeh! Tu je la yg aku boleh cakap. Semalam, 12 September 2005 bersamaan dengan hari Isnin, 8 Syaaban 1426H, lebih kurang pukul 3.45pm kat tandas IKEA Mutiara Damansara Tingkat 1, aku telah kehilangan henpon dan wallet aku. tertinggal 2 minit je kat tandas, dah kene kebas. hampesss...
Tapi ade bagusnye gak. Muka aku dalam IC lama ngan lesen macam muka penjenayah je. ade can nak tukar muka baru. huhu

Friday, August 05, 2005

Arghh!

Aku pun pelik la ngan kontraktor projek aku ni. Buat portal je pun… (erk?) ok maybe 1-2 features tu nampak cam lebih dari sekadar portal la. Health portal kan… Mane aku tak hanginnye.. presentation takde, just proposal je pun boleh dapat tender ni. Bodoh betul orang dari Tender Board tuh. Dah le Working Team tak masuk dalam Board tuh. Maha bangang… Team aku teruk2 buat konten, buat prosedur utk make sure konten tu reliable, bile tang implementation stage, macam haram je. Paling sedih, kontraktor aku ni actually takde teknologi yang aku harapkan even to produce a nice, simple and neat website. Ade ke buat pakai photoshop! Bapak aku pun lagi pandai dari dorang ni. Ketinggalan zaman sungguh. One thing, for sure la page yg byk image akan susah nk loading especially low bandwidth punye PC. Budak kecik pun tau.. Lebih dari horrible! Tu blom cite pasal design lagi tuh. Gile ah low-class nye... sakit hati je

Terus terang ah aku cakap, that type of portal aa, adik aku yang tak amik IT pun boleh buat la oi. Serius… adik aku amik area Environmental Health. Lagi terer dia dari aku dlm bab2 grafik and design. Kalo stakat pakai Swish utk produce animation, jgn nak goreng aku la. Kalo tak pakai script especially yang ‘server technology’, jangan harap la aku akan impress. Kalo tak tau web-based application ke, CSS ke, ‘#include’ function dalam table ke, templating ke, CMS ke, and banyak lagi mende yg aku pun tau sikit2 je, aku tak rase portal ni orang akan letak dlm one of their Favourites / Bookmark dlm browser. Kalo stakat pakai server kat Technology Park, aku tak heran la. Hardware je la yang boleh harap. Aku pun takde la pandai sgt bab2 ni, tapi ni la antara salah satu sebab kenapa kadang2 aku favor more kontraktor yang ‘mata sepet’… nasib!