Friday, September 16, 2005

Bangsa + t

Situasi A

Suatu petang di Kedai A yang menjual henfon di Klang. Aku, tokey kedai yang berbangsa cina dan salegirl melayu.

Aku: Dik, henfon ni berapa harga?

Salesgirl: RM640 bang
Aku: Tak boleh kurang lagi ke?

(Aku dah survey sebenarnya harga henfon yang sama pd hari sebelumnya dengan tokey kedai tu sendiri. RM635 je. Harga dia mahal rm5 dari harga yg tokey dia bagi smlm. Saje je nak test salesgirl tu)

Salesgirl: tak boleh la bang, ni pun untung sikit je

Aku: Ala, takkan takleh kurang 10-20 ringgit
Salesgirl: Takleh la bang, ni mmg harga dia
Aku: Saya cakap terus terang la dik ye. Saye smlm tanye kat awak punye tokey, dia bleh bagi rm635. Tapi hari ni ngan awak naik rm5 lak jadi rm640

Salesgirl: Alah bang, tu harga semalam. Hari ni harga lain.


(tak lojik tul. aku dah rasa dia kurang ajar ngan ayat ni. celake)

Aku: Eh, ape lak lain2. mane bleh naik camtu je. Beza sehari je plak tu.Ntah2
awak nak makan yang rm5 tu kot? (gurau la kononnya ni sambil tersengih mcm kerang busuk)

Salesgirl: Abang… abang kalo tanak beli jangan nak cakap saya yg bukan2.

Aku Eh.. marah plak dia. Saya takde niat pun nak hina awak sebenarnye. Saya just nak tawar harga henpon ni je

Salesgirl: Cara abang cakap tu macam saya ni teruk sgt je. Kalo saya nak sangat
makan rm5 tu, dah lama saya up jadi rm645 (dia dah mula tarik muka dan simpan balik henfon yang aku nak tengok tu masuk dlm almari sambil hempas2)

Aku: Ok la. Camni…saya just nak mintak murah sikit je. Kalo tak bole cakap tak boleh.
Salesgirl: Memang tak boleh!!

Aku: Eh, kalo camni la sikap orang melayu……. (aku mula berleter pasal sikap org melayu yg tipikal macam dia. Lame gak)


Aku: Saya boleh je nak beli kat kedai lain kalo saya nak
Salesgirl: Hahh…pegi lah. Tak kisah pun!
Aku: Okeh.. takpe la. TERIMA KASIH!! (nada perli)
Salesgirl: SAMA2!! (nada hangin)

Bangsat! Melayu aku…


---------------------------------------------
Situasi B


Di satu petang di lebuhraya LDP di sekitar Puchong, aku tgh drive baru balik dari Putrajaya. Satu Wira biru baru keluar dari simpang nak masuk ke highway, terus nak masuk lane aku yg kat tengah2 highway. Takde signal, masuk terus himpit rapat ke keta aku. Aku bagi jalan jugak la tp sebagai balasan atas kurang ajar dia tu, aku hon dia dekat 20 saat. Lame tuh. Dia panas. Suppose dia dah pegi jauh, tp aku still hon dia dari belakang. Dia slow kan keta dia and then brek mengejut kat depan aku kononnye tak puas hati ngan aku. Aku pun brek emergency gak nak elak dari langgar bumper dia yg dah betul2 kat depan aku. Sambil memecut sejurus lepas tu, free2 aku dapat jari tengah dia dari celah tingkap keta dia. Secara automatic, aku pun membalas ngan jari yang sama gak. Nyesal gak balas, tp ter automatic lak. Dah buat salah, tp still rasa samseng. Driver tu Melayu la for sure. Hehh… Bangsat! Melayu aku…


--------------------------------------------
Situasi C

Di satu tengahari di MRR2, satu keta di lane paling kiri nak masuk lane aku kat tengah2. Bahaya gile! Dah ler keta aku dah lintas separuh dari badan keta dia. Tapi aku paham konsep “blind side” dalam side mirror keta ni. Maybe dia tak perasan. So aku just hon, then dia ke tepi balik, and aku terus potong dia. Lepas tu dari side mirror kiri aku, aku tgk dia try nak overtake aku lak. Dalam hati, ni mesti samseng mane nih, tak puas hati sbb aku hon dia. Sambil dia potong keta aku dari lane kiri tu, sambil dia pandang aku, angkat tangan dan tunduk kepala. Tanda maaf?? Pehh… kagum aku. Driver tu Chinese. For sure bkn bangsa aku la utk buat camtu!


Bangsa aku…

3 comments:

aneesa said...

nk buat cane kan...tp bagi yg sedar kene la tunjuk cth....sedih gak kekadang..

Adli said...

stuju niesa. bagi aku, sikap some typical malay mmg menyedihkan and so pathetic. dh jd tggjwb kite yg sedar ni utk ubah nasib bangsa sendiri

sue said...

hidup adli!!

=)