Tuesday, December 25, 2012

Not that bad

Dah sebulan lebih di pejabat baru, so far so good.

1. Adapt - nak belajar perkara baru satu hal, nak adapt dengan budaya di tempat baru adalah satu hal yang lain.

2. Persepsi - mulanya risau juga fikirkan apa persepsi orang terhadap saya tapi lama2 tak larat juga nak memikir. Just do the best, having lots of thinking & kena pandai baca gaya orang lain kerja.

3. Nature kerja - sebulan aja di situ saya dah merasa mesyuarat hari ahad & mesyuarat pukul 7 malam. Wifey pun dah di brief siap2 supaya dia faham.

Sebelum ni memang saya agak takut bertukar pejabat. Selesa & dah cukup confident nak buat kerja yang dulu, iyelah dah bertahun2 buat kerja yang sama & cukup masak dengan culture sedia ada.

Tup2 kena tukar!

Mula2 hati meronta2 nak minta kekal je kat pejabat lama. Tapi dalam masa yang sama nak jugak tengok 'dunia' lain, dapatkan perspektif berbeza & be out of comfort zone.

Dengan ketabahan hati yang sedikit itu saya teruskan je hasrat keluar daripada KKLW.

So walaupun baru sebulan, saya boleh katakan bertukar tempat kerja is not that bad.

Not bad at all...

4 comments:

Rabia Sensei said...

"Wifey pun dah di brief siap2"
Ayat tak boleh blah ;p Siap kena brief lagi tu hah..hehe

Selamat bekerja di tempat baru. Ambik yang positif, yang negatif lempar jauh - jauh. All the best, bro!

IkLiL NayLi Images said...
This comment has been removed by the author.
ibuiklil said...

bila nak dtg meeting bah. aku plak?? hehe

didi said...

See?

Bertukar itu adalah lumrah PTD. Nama pun skim guna sama :)

Aku seronok je kalau dapat tukar tukar ni. With open arms. Doakan utk aku pulak ek?

In Sya Allah :)

Stay in touch Adli, wahai rakan PSM PSU ku. Hihihi