Dari dulu lagi saya rasa saya tak cukup staf untuk bantu kerja-kerja saya. Bukan nak mengeluh, tapi bila dah dibiasakan dengan prinsip 'guna sahaja apa yang ada', ataupun prinsip 'take it or leave it', saya teruskan sahaja kerja-kerja harian dengan redha dan cuba atasi perasaan negatif akibat lambakan kerja hari demi hari.
Dalam kes kurang staf ni, pada pandangan saya pegawai penyelia harus cuba sedaya upaya mengkaji beban tugas subordiates. Cuba bantu subordinates dengan initiate kerja-kerja awal atau buat homework kaedah laksana, dan seterusnya bila dah sampai ke peringkat sesuatu kerja itu dah sesuai dan mampu dilaksanakan di peringkat subordinate, berikan tanggung jawab pelaksanaannya kepada mereka. Beban kerja bos kena la berat sikit berbanding anak buah, then the salary justification goes right.
All in all, saya rasa things should go better if my resources are unlimited; which saya boleh ada ramai staf yang boleh bantu every single task saya.
Unfortunately the rule says resources are limited.
But thank god resources are limited. Dengan ciptaan peraturan sebegitu rupa, manusia dapat menggunakan 100% more brain capability & self ability untuk produce sesuatu. Sentiasa akan ada self correction untuk sentiasa buat yang terbaik. Sentiasa juga akan ada kajian mengoptimumkan sumber sedia ada dengan beban dan situasi yang sentiasa berbeza-beza. Kebolehupayaan manusia untuk adaptasi kedinamikan ini yang membuatkan manusia istimewa di kalangan makhluk lain lantas dijadikan khalifah.
Sekiranya resources are unlimited, manusia akan mula jadi malas dan hilang rasa perlunya berusaha lebih. Lama-kelamaan otak pun jadi lemah dan hilang fungsi daya berfikir dan membuat pertimbangan. Jadi mulalah nanti nafsu makan diri sendiri. Ada juga yang pass 'ujian' nikmat sumber ini dengan diberikan almost unlimited resources, sama ada dari segi material atau non-material, tapi amat sikit. Beri sahaja duit berlonggok-longgok kepada seseorang itu dan lihat apa yang akan dibuatnya kalau tidak berbelanja dengan boros untuk diri sendiri.
Jadi, bersyukurlah dengan sumber yang sedikit itu, kerana hidup tetap perlu diteruskan.
So, today is Friday, and this is the day I thought that we might thanks to God resources are limited!