It's not ok when u have blogs & suddenly only 1 posting per year. Then post kali ini adalah wajib sebelum 2012 berakhir.
Rupanya saya agak sensitif bila mengenang kembali zaman saya mula2 melapor diri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 6 tahun lalu, mengenangkan susah payah dan penat jerih buat kerja & belajar daripada semua orang tak kira pangkat & masa. Segala jasa baik orang lain kepada saya, segala kenangan lama selama 6 tahun tersebut tiba2 terpacul dalam kotak fikiran satu persatu, semuanya sangat jelas kelihatan. Jamuan perpisahan baru2 ini untuk meraikan minggu terakhir saya di KKLW saya jadi sebak sebaik memulakan bicara. Adoi, malu juga tapi setidaknya saya jujur dengan perasaan saya.
Emel farewell agak lambat dihantar kerana tak sanggup nak membaca kembali draf yang dah lama saya buat. Macam lebih banyak jiwang dan terlebih feeling je bunyinya. Minggu ini saya akan emel juga walaupun dah masuk 4 hari meninggalkan KKLW secara rasmi sebelum ICT delete akaun emel saya selepas ini.
Apa yang lebih penting adalah move forward, learn new things & take everything positively. Because why? Because that is what important most.
JPA, here I come.
Hello dunia baru.