Saturday, August 08, 2009

Marah yang sempurna

saya jenis orang yang kurang marahnya. dikhabarkan saya ni cakap pun macam perempuan, dan saya terima seadanya. tidaklah mengatakan saya ini baik, bagus atau hebat, tapi itu memang diri saya. saya tak bagus atau hebat pun.

marah. tak guna pun kalau marah tak bertempat, apatah lagi memaki dan mencela orang. nabi pun kata itulah antara orang2 yang muflis di akhirat nanti. solat tetap buat tapi maki dan mencela orang lain. apatah lagi mendedahkan celaan itu di tempat yang orang lain boleh mengetahuinya.

hidup tak semestinya kita sahaja yang betul. perkataan insan itu sendiri membawa maksud lupa dan lalai, dan apabila menyebut lupa dan lalai, kita tak lari dari hakikat bahawa diri kita sendiri sememangnya ada membuatnya, sama ada sengaja atau tidak. jadi kenapa harus mencari pasal seolah2 diri sendiri sahaja yang betul? sempurnakah sangatkah diri tu? orang lain sahajakah yang ada membuat silap? apa kata orang lain pula senaraikan kesalahan dan kekurangan kita, bolekah kita menerima seikhlasnya?

apalah salahnya marah itu disalurkan dengan tepat. marah cara orang terpelajar dan berilmu. marah atas dasar mahu mendidik, bukan melepas geram dan dendam. kalau tidak, samalah juga kita dengan b*n*t*ng. kalau staf kita tahu itu cara kita, nescaya akan keluarlah ayat2 tipikal sebegini, "macam tu ke jadi P*D?", atau "macam mana lah boleh jadi P*D kalau perangai macam ni?". mereka dan keluarga mereka jugalah yang mendapat palit.

tidak rugi juga kalau silap itu jangan dicari puncanya siapa dan apa, tetapi diselesaikan bersama-sama, dengan rasa ingin membantu, ikhlas dan empati. yang salah tetap akan bersalah. tidak boleh kesalahan itu dibalikkan semula walau diusaha sebanyak mana pun, walau ada kuasa besar pun.

bagi saya, sudah2lah mencari kesalahan orang, carilah kebaikan orang pula. aman dunia ni. (kalau la Amerika ada terbaca pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya itu)

sudahlah, nanti saya tulis lebih2 orang kata saya ni macam la bagus sangat.

4 comments:

didi said...

mengapakah kau begitu tensi sekali, adli?

erm, aku ada marah kau ke? rasanya macam takde.......

?

Adli said...

tak marah pun. tp rasanya aku dah tone down dah tu.

no worry, ko tak terlibat didi. just a friendly reminder...utk aku skali.

Unknown said...

xper nasihat tu penting, memang orang selalu nak cari kesalahan orang. Kebaikan sedikit itulah membuat kita merhargai orang tu seadanya

Adli said...

tone ko tu buat aku syahdu la man