Dear Salsabeela,
terima kasih kerana menjadi permata hati ayah dan ibu dalam setahun ini. satu hari bila kamu terjumpa entry ini, kami berdua mahu kamu tahu bahawa hadirnya kamu menjadi sumber kegembiraan dan inspirasi kami berdua.
membesarlah dengan sihat dan bijak. semoga bila kamu besar nanti kamu bisa jadi persis mata air salsabeel yang mengalirkan manfaat dan kegembiraan untuk semua.
teruskan senyuman itu kerana ia meredakan gundah dan bisa menyejukkan hati ayah dan ibu. setialah menjadi penyejuk hati dengan kebaikan akhlak dan kemuliaan hati bila kamu besar nanti.
berjanjilah dengan ayah dan ibu, kamu akan terus berusaha untuk berjaya dalam apa jua bidang pun kelak, sampai bila2, walau di mana pun.
syukur kami atas nikmat ini. ayah dan ibu sayang salsabeela.
selamat hari ulang tahun kelahiran yang pertama. 26.08.2008 - 26.08.2009... and counting.
6 comments:
Happy Belated Birthday Salsabila..Sebijik muka ayah dia :)
Belated B'day Salsabeela..
semoga tak lupa jasa ayah ibu
luv u cayang Salsabeela
happy birthday salsabeela!!!besday anak ko beza sehari jek ngn aku..ngee
nurman, ciki-tq for the wish. nnt aku sampaikan wish korg tu ke anak aku. huhu
ong gedek2-hepi belated besday jgk!
waaaa. sangat sebijik muka adli :D
Post a Comment