Monday, May 30, 2011

Dr. Wan Ahmad Hazim, Madrasah At-taqwa dan 'Ainul Kauthar

Saya dan isteri dipertemukan dengan Dr. Wan Ahmad Hazim buat pertama kali semasa isteri saya dirujuk untuk diperiksa oleh pakar di Hospital Putrajaya memandangkan tahap HB dalam darah yang rendah semasa 34 minggu mengandung. Bagi yang pernah bersalin di situ, mungkin berpeluang berjumpa dengan Dr. Hazim. Sejak minggu ke-34 itu, kami kerap berjumpa dengan beliau, seminggu sekali untuk pemeriksaan berkala. Orangnya ramah, boleh dibawa sembang dan nampak sangat baik hati.

Peristiwa hitam di Madrasah At-taqwa membuka cerita sikit demi sikit siapa Dr. Hazim di sebalik uniform doktor beliau tu. Saya pula mula kagum dengan manusia bernama Dr. Hazim ini, disamping terharu bila terdengar khabar salah seorang mangsa peristiwa Madrasah At-taqwa tersebut adalah anak Dr. Hazim sendiri! 


'Wan Ahmad Hasril Hazim' - nama bapa yang sama dengan Dr. Wan Ahmad Hazim, cuma nama Dr. Hazim diringkaskan kepada 'Hazim' je.


Kebetulan isteri saya seorang guru, ada rakannya di sekolah tempat Wan Ahmad Hasril bersekolah, mengesahkan cerita tentang anak Dr. Hazim ini. 

Apa yang saya kisah sangat dengan Dr. Hazim dan arwah anaknya tu?
  1. Dr. Hazim merupakan manusia yang bertanggung jawab membantu dalam kelahiran anak kedua saya pada 19.5.2011. Dua hari selepas itu pada 21.5.2011, anak beliau terkorban dalam peristiwa tanah runtuh tersebut. Satu nyawa digantikan dengan satu nyawa yang lain? Allahuakbar
  2. Saya mendapat tahu bahawa Dr. Hazim adalah antara orang kuat di sebalik operasi madrasah tersebut. Dari segi aktiviti, kewangan, lain-lain sokongan semuanya ada terpalit jasa Dr. Hazim. Kagumnya, bagaimana seorang pakar O&G menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk manfaat agama dan orang lain yang lebih memerlukan. Kagum dan terharu, saya bertanya kepada diri saya: "Apa pula yang saya dah buat dengan wang, masa dan tenaga saya untuk manfaat agama dan orang lain selama ini?"
Appointment post-natal dengan Dr. Hazim pada usia anak kecil saya 6 minggu pada 12 Julai nanti membuatkan saya mula berkira-kira soalan yang hendak saya lontarkan kepada Dr. Hazim nanti. Mungkin juga tak perlu banyak tanya, sekadar nak cerita sikit2 dan sampaikan salam takziah.

Apa pun, Dr. Hazim mungkin telah membantu banyak nyawa, termasuklah nyawa anak kecil saya tetapi nyawa anaknya yang menjadi galang ganti. Mungkin juga dah tiba masanya saya melihat kembali adakah duit, masa dan tenaga saya ada manfaatnya juga kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Saya akan ingati peristiwa ini dengan kelahiran anak kecil kedua saya itu, 'Ainul Kauthar. Semoga adik mendapat semangat dan inspirasi dari jasa Dr. Hazim bila besar nanti.

 
Di kala menulis entry ni, terbayang2 manis muka Dr. Hazim. Saya mengagumi anda doc! Semoga anda sentiasa dirahmati.


8 comments:

Nurman said...

Tahniah untuk baby you (nama memang meletop) and takziah buat Dr Hazim

Anonymous said...

lepas dpt tau berita tu mmg asyik terbayang2 muka doc.sungguh xsangka.sama2 kita sedekahkn fatihah buat arwah anak beliau.semoga doc sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan semangat untk membantu org2 yg memerlukan

fai3 dealova said...

tahniah adli...moge ainul kauthar menjadi anak yg solehah berbakti utk agame dan masyarakat...

dr. hazim pon operate taqwa...moge Allah merahmati roh anaknye...al-fatihah...

Adli said...

nurman: meletup lagi nama shasha ;)

b: ye, alfatihah

faie: amboi cuti kat rmh dok ngadap internet je. gi pusing2 rumah, bg cpt sikit bersalin. turn ko lak lepas ni. harap2 urusan dipermudahkan

Cahaya said...

tahniah ye atas kelahiran ainul kauthar...:-)

wanrulez said...

tahniah yer adli....

shah said...

mmg sedih berita ni. saya pun mengenal Dr Hazim

Anonymous said...

Doktor nie rendah rendah jer ek?