Tuesday, December 27, 2005

Azam 2006

Aku terpikir yang azam ni sebenarnya things yang u really want to do it, yet achievable, tp tak sempat/tak terdaya nak buat. So ape aku nk capai tahun 2006 ni?

Rasanye ini kot:

  1. Buat Komuniti Portal utk ex-smkaks aku.
    • So far, dah register smkaks.net punyer domain. Web space pun dah ade, tp uploading content dlm progress. Effort ni dah tertangguh lebih dari 6 bln lepas.
    • Perlu work on lagi:
      • customization utk portal
      • mintak tulun Apai kalo perlu
      • carik partner yang bleh maintain
  2. Belajar Linux
    • Beli buku Linux / pinjam dari library
    • Install Linux kat Desktop aku kat umah
    • (poyonye...)
    • If possible, amik cert RHCE/CLP/ LPI. (kene kumpul duit nih)

Ni sume azam utk benefit diri aku. Nak tambah ape lagi utk benefit org lain, agama, masyarakat and negara? (eceh..)

Maybe:

  1. Derma darah at least 5 kali dlm 2006 ni? (baru sekali je derma..)
  2. Terus berkhidmat sbg kakitangan kerajaan?
  3. Join NGO utk khidmat masyarakat?
  4. ??
  5. ??

Thursday, December 22, 2005

Cartoon character

I was looking around other ppl's blog when I found this interesting page. U can really create your own favourite South Park cartoon character.. and this is the one-hour plus of effort, wasting my office hour by doing this thing.. huhu. Hopefully takde rupa aku langsung!



Create your own South Park character here

Wednesday, December 21, 2005

"My Story"


Aku tengah baca buku ni skrg.

Tan Sri LimGoh Tong merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kewujudan Genting Highland. Takde pendidikan formal, berhijrah dari China ke Malaya pada umur 20 tahun, mencuba bermacam2 kerja di Malaya termasuklah sebagai vegetable seed seller, penjual besi buruk, second-hand machine reseller, sehinggalah ke tahap pemilik lombong bijih timah etc2.

"My Story" adalah kisah hidupnya. Ade bab2 tertentu yang sebak dibuatnya bile dibaca. Bermula dari background keluarganya, kisah time dia dtg Malaya, bisnes2 awal dia, kejayaan demi kejayaan termasuklah pahit maung effort dia utk bangunkan Gunung Ulu Kali (Genting).

Foreword buku ni ditulis oleh YB Pak Lah dan Tun Dr M. A nice book utk sesiapa yang nak kenal Lim Goh Tong.

Tuesday, December 20, 2005

Banner v1.1

...... Ceritera dalam kamus dewan bermaksud cerita.
Tak sure salah atau betul, tp aku interpret Ceritera sbg satu bentuk cerita lagenda yang diwarisi zaman berzaman mcm cerita Puteri Gunung Ledang, Hikayat Hang Tuah, Sang Kelembai dan byk lagi.
So utk gambarkan Ceritera merupakan satu bentuk lagenda, warisan zaman, benda lama, gambar pemandangan pantai di Terengganu rasanye cukup utk gambarkan sume tu. Negeri di pantai timur boleh la dikatakan masih kaya lagi de ngan warisan Melayu kita.

Ceritera aku plak meant for a place utk aku tulis peristiwa, thoughts, pendapat, interest yang berkisar di sekitar aku. Those are my Ceritera! "Lagenda" yang akan aku ingat sampai bile-bile.

Monday, December 12, 2005

Banner

Harini = banner baru
Theme banner = nature beauty
Lokasi dalam gambar = Pantai Merang, Setiu
Sebab pemilihan = ......

to be continued...

Thursday, December 01, 2005

Fail!


Haha... aku tak lepas utk saringan keje yg paling susah nak dapat kat dunia ni. Kerjaya sebagai PTD. Exam 2 kali, assesment sekali, intebiu sekali. Walaupun aku tak berapa nak sangat kerja kat gomen ni (syoknye kalo dapat kat MDC aritu), tp kalo sebagai PTD, aku mmg bersungguh2. Nak buat camne, takde rezeki. At least sampai ke stage last ni, puas hati la. Off course, lagi puas hati kalo dapat.

Pengalaman paling ngeri, kat semua stage dari exam sampai la ke intebiu. Pengalaman paling best, time PAC. Daripada Klang ke T'ganu sorang2 naik bas, nak carik INTAN kat mane lagi, bas sampai kol 4 pagi, venue tepi laut, jumpe ramai budak UIA kat sane, public speaking yg hampeh, ujian larian 2km (dapat buat bwh 10min!), buat ramai kawan baru and etc etc


Teringat ayat Abg. Azizi pasal PTD ni. "Dah sampai stage intebiu ni, niat ko kene betul. Kene tau betul2 sbb ape ko nak jadi PTD ni". Kagum ngan dia yg dah dapat offer utk PTD, tp tolak atas sebab2 dia tersendiri.
Kesimpulan - mengingatkan aku yg ade ramai lagi yg lebih hebat & berpotensi dari aku. Kadang2 bile kite dah jauh di depan, kite tak pernah nak tengok ke belakang lagi.

Note - One day nnt, bile tengok ayat2 utk post ni, aku mesti akan cakap camni "Elleh... ayat time kecewa la tu" Haha!