Monday, February 16, 2009

Public Sector Young Executive Wishlist

Attended this so-called Public Sector Young Executive Conference 2009 last week. officiated by PM and closing remark by DPM. 8-10 so-called "young executive" been representing KKLW for this event.

apa yang menarik dalam 2 hari program ini adalah bagaimana organizer (YKSM dan INTAN) been distributing a form; enquiring for our hope on the "new leadership" this coming March 09. katanya wishlist ini sudah dikumpulkan daripada pelbagai sektor dan pelbagai sumber termasuklah kami, the "public sector young executive" (kelakarnya term ni). terasa teruja pula buat list ni. walaupun terpaksa senaraikan secara impromtu, tapi buat juga lah kerana organizer kata akan compile list tersebut untuk dilaporkan kepada bakal "pemimpin baru" Mac ini. list aku bukanlah bagus mana tapi sengaja aku kongsikan di sini untuk rekod. so there it goes.... I Wish:


1. Pembangunan di Malaysia dibangunkan secara bersepadu bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi minda dan kendiri juga perlu dititik beratkan.
- aku bukanlah org yang terlibat dalam bidang pembangunan fizikal di Kementerian, tetapi aku terlibat dalam pembangunan sumber manusia yang mementingkan 3 aspek penting (attitude, skill & knowledge - org latihan mmg kena tahu benda ni). aspek ini aku rasakan amat penting kerana kesannya bkn sahaja menyumbang kpd kualiti dalam kerja bahkan juga meningkatkan kualiti kita sebagai hamba-Nya serta impak yang mendalam dari segi hubungan dgn org sekeliling dan psikologi diri. billion RM dah belanja kat infra, tapi mentaliti org Melayu masih tang situ juga. sedih

2. Perbezaan politik diketepikan bagi bersama-sama memajukan masyarakat tidak kira status dan di lapisan mana pun dlm masyarakat, memberi khidmat dgn penuh rasa rendah diri tanpa ada kepentingan peribadi.
- ini self-explainatory. politik Malaysia perlu matang, perkhidmatan awam perlu tingkatkan lagi perubahan sedia ada.

3. Orientasi pelaksanaan projek perlu dipandu mengikut saiz impak dan kesan yang terus kepada masyarakat, bukan diukur dari segi prestasi pelaksanaan yang selama ini dibangga2kan.
- mungkin perkara ni dah disebut2 dlm 2 tahun kebelakangan ni, tapi pemerhatian aku yang tak seberapa ini masih dapat rasakan kurang komitmen daripada si pelaksana itu sendiri tak kira siapa. hala tuju sukar diubah kalau dah terbiasa. buat projek tapi impak dan daya tahannya sangat menyayat hati. seolah2 macam tabur duit tapi si penerima tu jadikan duit tu untuk lap punggung dan buang lps guna. this goes for me as well...

4. Wilayah dibangunkan secara seimbang dan teratur...
- aku lupa kenapa aku keluarkan idea ni. hampeh punye adli... owh, mungkin sbb letih dok tgk pantai barat yang terlalu sarat dengan pembangunan kot. betul la tu, konsep kesamarataan dalam ekonomi, semua orang ada peluang tak kira di mana.

5. "True leaders" dilahirkan semula, worth following & worth to be proud of
- leadership sekarang ada byk ruang lagi utk diperbaiki; di mana2 sektor dan di peringkat apa sekalipun. malas la komen byk2. senaraikan sahaja "leaders of the century", kita akan tahu siapa yang boleh dijadikan idola dan siapa yang hadir hanya sebagai "another leader" semata. fokus la kat kebolehpercayaan masyarakat, pembangunan menyeluruh dan jgn layan isu-isu picisan. "true leaders" please...

6. Etika dan nilai kembali menjadi keutamaan
- aku percaya kesumbangan akhlak, rendahnya maruah diri, hilangnya sentuhan kemanusiaan dan nilai ketimuran perlu dilihat semula kepentingannya berikutan apa yang telah hilang sedikit demi sedikit itu semakin jelas dan ketara. i might dont know how to do it, but that's the fact; sedar ataupun tidak.
--

Teringin rasanya nak berkongsi idea dengan Didi, Hadi, Nasrol, Mimi, Raiz, Puan Ani, Olie, Wan & Aisyah serta rakan2 lain ttg apa yang mereka tulis dalam Wishlist mereka.

Conference ni jugak berjaya menemukan aku dengan rakan2 lama se-DPA aku yang lain selain dapat juga berjumpa dengan ADO (Tanah) Kota Tinggi; Fahrul. long time no see.

5 comments:

Abu Humairah said...

mudah-mudahan...
mtk tlg org2 atas bantu org2 bawah ni ye..
:-)

fahrul?die ade sms gak,tak smpt eden nak jumpa...

Adli said...

hehh, semua org ade peranan masing2 with our own different way.

ciki, tlg pulihkan semula industri automotif, demand dah turun byk ni ;)

didi said...

adli,

kau kan sebelah aku bila aku buat wish list tu.

lagi pun, wish list aku pun dah dibentang kat dalam forum-forum tu kan? macam tau jek. maksudnya, visi aku sama dgn orang-orang yang present tu.

aku konfius, aku puji diri aku sendiri ke ni? keji jugak aku ni.

less politicking = less red tape = more work done

sekian, terima kasih

Abu Humairah said...

ooo,mudah saje adli..

ko pun kene le beli keta baru thn ni, baru le market bole up skt..
preferably toyota la ek...hehehehe

Adli said...

didi,
err..ade bunyik2 puji diri jgk tu ;) tp hebatla wishlist ko sama dgn ramai org. wishlist aku tu mcm syok sendiri je

abu humairah,
aku takut aku angkat toyota krg ekonomi aku pulak yg recession. cukup ape yg ade je ;)