Wednesday, July 22, 2009

Penghilang Terbesar

saya ada 3 atau 4 deraf post untuk diletakkan di sini tapi satu pun tak dirasakan sesuai atau mungkin akan menyebabkan bosan yang melampau. itu alasan saya untuk lama tidak update blog ;)
--


Banyak sekali rancangan realiti yang pelanggan ASTRO boleh tonton, tapi seminggu dua ini saya dan isteri terasyik dengan rancangan 'The Biggest Loser' di saluran Hallmark. walaupun konsepnya tidak lari dari konsep semasa; rancangan realiti tetapi ia tetap lain dari yang lain. saya tertarik dengan impaknya kepada peserta dan penonton. sesekala terasa juga dididik dengan cara pemakanan dan senaman yang betul yang cuba ditonjolkan.



tetapi rancangan tv adalah tetap rancangan tv. ia perlukan sesuatu untuk menarik penonton yang lebih ramai. maka diletakkan elemen saspen dan kejutan sebagai daya penarik. itu masih ok sebagai 'penambah perisa'. paling tidak ia masih tidak lari dari konsep asalnya; mendidik mengurus berat badan.

saya tidak perasan perkara2 yang mudah di rumah boleh dijadikan rutin harian yang sihat, sama ada untuk kekal sihat atau untuk mengawal berat badan (f.y.i, saya masih belum obese).

walaupun rancangan ni disiarkan dalam waktu yg kurang sesuai (7pm-8pm), tapi saya tak sabar nak ikuti versi Biggest Loser Asia pula selepas ini.

saya tertunggu2 bila agaknya stesen2 tv tempatan akan mencedok idea rancangan seumpama ini. walaupun tampak 'menciplak' tapi masih tidak keterlaluan kerana impaknya yang munasabah dan mempunyai nilai tambah. muak rasanya dengan rancangan realiti sekarang yang tidak mendidik apa2, apatah lagi hanya dapat menyogok generasi muda dengan perkara murahan dan keutamaan yang menyimpang serta sia2. Anak Wayang, Pilih Kasih, Ooh La La; sama sahaja.

individu2 obese yang mengikuti rancangan ini mungkin akan terpanggil untuk turut sama berubah. akal yang sihat dtg dari jasmani yang sihat. itu namanya berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran.


* Biggest Loser = Penghilang Terbesar?

6 comments:

Abu Humairah said...

kalo aku punye translation la kan,

"orang yg kalah kerana saiz badannya yg paling besar akan tetapi menang pertandingan kerana menjadi org yg paling kurus....hehehe...

versi m'sia dah ade la adli,pak wan aku dpt no. 2
"cheer up diet down"..tp tv2,psl tu tak glamer..hehehe

maknanye,diorg yg ciplak idea org msia kot...

Adli said...

dah ade versi tempatan yeh? bile airtime dia?

Anonymous said...

Haha asyik tinggal kapal jer kan, so ko masih slim shaddy la ni adli ek

Abu Humairah said...

airtime?
ade la 3 thn yg lps,masa aku duduk kt brunsfield dulu tu...hehehe..

Adli said...

nurman: slim weh, cuma tang perut je fail skit. sikit je pun

ciki: owh, 3 tahun lps. minus 3 tahun rupanya aku ni.

didi said...

adli,

aku boleh nangis tau tgk 'the biggest loser'. bukan ape, kegigihan diorang nak kuruskan badan tu, aku sgt kagum. sebab badan obese berkait rapat dengan low self-esteem, low confidence, kena buli, kena ejek; its more than just masalah lemak berlebihan.

mindset.

aku yg kurus ni belum tentu sihat. berkurun tak excercise. huhu