mmg kalau diikutkan, RM500 yang diberikan kepada semua pegawai kerajaan gred 54 ke bawah tu tak seberapa, tapi still ok daripada tak dapat langsung. lepas la nak bernafas sikit raya2 ni. kena redha & shukur tu!
saya tahu beberapa rakan saya ada yang bekerja bagai nak mati, tak cukup dengan 8 to 5, sambung pula ke malam & datang ofis pula weekend atas keperluan kerja dan komitmen. bawak balik kerja ke rumah tu jgn cerita la. semuanya semata2 TO SERVE.. with honour. kalau ikutkan, dorang2 ni layak dapat bonus riban2 sbb bantu naikkan GDP negara, ensuring negara tak muflis, tolong orang kampung tidur dengan selesa, atau bantu tingkatkan eksport negara per say.
kalau kat swasta, kerja dengan company besar2, dok balik sharp pukul 5 pun dpt juga bonus paling busuk RM10K. (ayat negatif ni, kwn2 swasta sila jgn kecil hati ye)
amaun yang sebanyak itu memanglah tak layak untuk compensate jasa2 rakan yang bekerja macam di atas tu.
post ini didedikasikan utk rakan2 seperkhidmatan yang bekerja macam kuli batak tapi gaji ciput, yang nak naik pangkat pun kena tunggu senior2 mati baru dapat naik pangkat, siap dah kalis maki hamun, tapi masih stand still dalam public service & masih buat kerja seikhlasnya. (tapi kalau ada yang kerja & masih sempat berfacebook tak habis2 atau mengulat kaw2 kat ofis tu jgn sibuk nak perasan la ye.)
biarlah dapat RM500 je pun. shukur! just proud to serve...