Monday, November 22, 2010

Meluntur Ego

Apa dia penyakit hati?



Saya tergelak bila mengenangkan perangai buruk saya di atas jalan raya. Kononnya pantang dicabar, nak je 'bagi' kat org. Tak sedar perangai mcm haram. Sungguh la 'self centered' nya.



Itu buatkan saya cepat2 mintak dijauhkan dari sifat sombong, ego dan sedara2nya. 

Jalan raya hak bersama, mahu tak mahu kena kongsi dgn org lain. Kalau perangai sombong, ego, tahu fikir pasal diri sendiri je, tak peduli keadaan orang lain, itu dah kes berat. Atas jalan raya kalau itu yang jadi keutamaan, nyawa boleh jadi taruhan tu bang..



Kalau baru bawa kereta nasional pun dah boleh menyombong, tak tahu la kalau pandu kereta jenama import nanti :)



Saya cuba kaitkan sifat ego dari segi perangai individu dan amalan sosial seseorang. Org yg sombong & ego ni biasanya lain dari yang lain. Dia bercakap pun orang mudah jelik. Kalau berborak tu rasa dia je yang hebat, cerita kebagusan diri sendiri, asyik orang lain je salah & tak betul. 

Dalam rasa geram, ada juga rasa kesian, org mcm ni tak dipandu & diberi petunjuk. Yang parah semakin tenat, tak ditegur.



Kesimpulan saya mudah. Dunia sosial org Melayu saya lihat agak segan nak tegur terang2an benda2 tak betul ni. Kasihan kan? Oleh itu, kerendahan hati perlu dipupuk dgn ilmu dan selalu bergaul dgn org2 soleh. Bukan tak boleh nak geng dgn org yg sama, tapi berkat orang soleh harus dicari. 

Saya menulis ini bukan kerana saya pandai sgt, cuma berkongsi. Saya pun byk silap & kurang.



Perkara terakhir yg boleh dibuat adalah berdoa kepada Allah, Dia yang membolak-balikkan hati manusia utk diuji. 



Lain kali bawa kereta jangan sombong sangat. Salah kita atau salah orang lain, senyum je la. Semoga ego kita golongan manusia biasa ni boleh dilunturkan. 




(Gambar: traffic jam kat karak nak balik semula ke KL, hari ahad selepas cuti raya haji)

 


2 comments:

Unknown said...

Ok apa Adli bawak Proton Saga, bangga tu, first edition of proton

Adli said...

man, patut stok masuk muzium je tu, tapi selagi boleh jalan aku redah je.