Wednesday, May 11, 2011

Anak dan kemewahan

saya agak kurang setuju sekiranya anak-anak dimanjakan dengan cara memberikan apa sahaja yang mereka mahukan.

Cerita

saya ada kawan yang bercerita, dulu masa dia kecil, ayah dia orang kampung yang susah. dia sebagai anak kecil ketika itu kalau nak minta apa2 tu, susah sangat nak dapat

dia sekarang ni, kerja dah bagus. not bad, making 10K a month. dia sangat manjakan anak2 dia, baik dari makan mahupun pakaian. anak minta, semuanya beres. dulu dia kata dia tak dapat, so ini lah masanya anak-anak dia nikmati apa yang dia tak dapat dulu.

bukan tak boleh, cuma tak kena cara.

Kesan

nak manjakan anak kita kena fikir tentang kesan psikologi dan sosiologi anak itu. terlalu manjakan anak dengan kemewahan, takut nanti anak tak dapat bezakan keperluan dengan kehendak. takut hilang pula pertimbangan keutamaan (prioritization). susah pula lepas itu nak bagi didikan kerendahan hati dan takut pula terbit ego diri.

saya tak jealous dan tak kisah orang nak buat apa dengan duit masing-masing, tapi itu bukan isu pokok di sini.

trend orang sekarang berbelanja sangat saya takuti. tak salah kalau membeli kereta mahal, rumah mewah etc2 dengan syarat ia tak datang dengan niat untuk bermegah2. tapi lumrah manusia ni kalau lebih sikit daripada orang, sikit2 mesti ada rasa nak riak. al maklum lah, kalau gaji dah banyak tu, seboleh-boleh nak tunjuk yang dia gaji besar, barulah nampak ada class sikit. 

takut2 nanti sikit2 tempiasnya kena kepada anak, esok lusa dia dah besar pandu arah dalam hidupnya hanya berupa materialistik. dulu mak ayah dok sibuk cari duit nak beli kereta mahal, rumah mewah, jadi si anak pun membesar dengan cita-cita yang lebih kurang sama. habis rosak panduan hidupnya.

Hartawan dulu

sejarah membuktikan tak salah ada banyak duit. hartawan zaman nabi dulu bukan sahaja berharta, tapi apa yang di sebalik itu adalah lebih penting untuk diteladani. siapa sangka hartawan zaman nabi dulu begitu rendah hati mereka dan tinggi pula akhlak. sanggup waqafkan semua harta untuk agama. 

saya cuba katakan apa yang membezakan dulu dengan sekarang adalah cara kita membelanjakan rezeki pinjaman yang sedikit ini. 

Racun & berfikir

harta yang banyak adalah perkara lain, tapi mendidik anak dengan mempamerkan segala macam kemewahan dan terlalu memberi penekanan kepada apa yang dilihat sahaja bagi saya adalah satu racun. kesannya apabila anak kecil itu dewasa kelak. hakikatnya fikrah dan perspektif peribadi anak itu terhadap hidup dari mula lagi telah dikotorkan. sejak kecil dididik sebegitu, bila pula masanya nak didik mereka dengan kerendahan hati, moral yang tinggi, taqwa yang berakar umbi? seharusnya itu yang lebih penting.

seharusnya juga kita dah terlalu matang untuk berfikir dan terfikir, bagaimana setiap langkah seorang ibu/bapa itu akan ada impak yang boleh membuatkan hati anaknya itu sama ada akan jadi lebih tawaddu', tidak timbul bangga diri dan tidak memandang lekeh orang lain yang tiada kelebihan sepertinya.

saya cuba buat sedikit coretan ini untuk saya sendiri jadikan sempadan. semoga sentiasa ditunjukkan jalan yang berkat.


4 comments:

Abu Humairah said...

amat setuju adli...

benar, naluri ibubapa sentiasa mahu memberi yg terbaik..

moga kita dpt bersederhana dlm semua segi, Amin..

Anis Rafie said...

a good point of view.. terima kasih sbb sudi kongsi pendapat. :)

Adli said...

ciki: insya allah, harap2nya gitu lah
anis: thanx for the appreciation

Eny Yusof said...

Setuju dengan Anis. Kena review back my spending habit la. Insaf sekejap.