Wednesday, February 04, 2009

Macam orang tua!

Ditengah2 kecelaruan di Perak, aku list kan beberapa perkara yang membuatkan aku terasa tua sejak kebelakangan ni (walaupun masih belum mencecah 30 tahun).

1. Kereta
Aku gunakan kereta orang tua. iye, masih gunakan kereta cabuk yang aku beli ketika baru sahaja graduate, a 1991-made Proton Saga. ni sama model dengan yang ada dipamerkan kat luar Muzium Negara tu. taraf muzium je kereta aku ni rupenye. bini aku kalo baca entry ni mesti dia gelak punye. kaler pun dah kelabu since ddk kat parking yang berbumbungkan langit. bumper sebelah kiri dah rongak sbb kecuaian adik time pinjam kereta ni tahun lps.
i might own the ugliest car here in Putrajaya, but I'm proud for what it has done for me.

2. TV
Pak mertua bagi tv ni lepas kahwin haritu sebab dia tau aku baru masuk rumah quarters. time tu perabot semua pun takde lagi. tv 'tua' ni 14 inci je dan kalau nak tukar channel kena tukan button '1' atau '2' dan seterusnya. ada 9 button kat situ, kalau nak adjust channel jenuh kena buat 'scrolling-thing' tu. manual beb. takde remote tu satu hal la. pernah jumpa kot tv ni?

kenapa tak tukar? maybe sebab tv ni masih boleh pakai lagi, plus aku tak teringin nak subscribe Astro yang perlukan tv full digital. nasib baik juga tv aku ni masih lagi tv kaler!

3. Seluar
Seluar yang buat/beli sebelum kahwin dulu semua dah ketat kat pinggang. badan tak naik, tapi perut lak yang lebih2. come on la, naik 2 inci je pun!

4. My own age
Officially turn 28 last week. what else can i say. Umur terbaharu ni membuatkan perlunya aku berfikir apa lagi yang perlu aku buat/capai sebelum cecah 30 nanti. tua sangat ke 28 tu? takde la sangat kan..?

4 comments:

Unknown said...

Salam, happy belated birthday sesangat, taklah tua sangat adli, itu namanye perbelanjaan terancang, xpe slow2, selagi boleh guna kita guna, tv aku pun sekarang ni dah takde sore, takpe kalau dah rosak baru rembat yang baru. Susah nak hutang2 ni, kalau boleh beli cash jer kan

Intan Yus said...

hepi nesday saiful..
relax le bro, gunakan apa yg ada. jgn bazir... kalo dah rasa terlebih2 duit sgt baru le beli..buat per le nak bergaya sakan kalo hanya menambah utang... x gitu?... jgn pening2 kepala..
yg pasti aku tau ko hepi sbb saiz pinggang ko dah naik.. hua hua hua...

didi said...

memang tak tua sangat

tapi lagi tua dari aku

lalala

ps: tak tua pun, tapi yang pasti, kau old skool.

Adli said...

man - ko lagi dasat dari aku. tv takde suara pun ko redah. lg baik dgr radio je, ade jgk keluar suara ;)

intan - aku mmg rilek je, tak reti malu pun. bkn ape, cuma kagum dgn sesetgh org bergaya sakan, tp list hutang berjela. anyway, tv bknnya mahal mana pun skrg. cuma aku je suka tv ni, ade nilai estetika

didi - sah2 ko akan akui aku tak tua sgt, sbb statement tu akan reflect kat ko jgk. hehe... kite mmg tak tua mana lah. ok je ni