Friday, March 27, 2009

Berubah atau Diubah

kebetulan tagline ini sama dengan apa yang disebut2 di ketika demam 'merah-putih' di PWTC minggu ini. namun ia ada kaitannya dengan kisah saya ini.

lantaran kesibukan saya pada minggu ini dgn outstationnya, ditambah lagi dgn arahan kepada isteri saya oleh Pejabat Pelajaran Daerah utk hadir ke kursus, saya nekad untuk menghantar Salsabeela ke rumah mertua di Jengka. bila dua2 kena outstation, panik dibuatnya! Ide tak pernah simpan perahan susu lebih dari 1 hari. itu bermakna tiada stok susu badan untuk Salsabeela sepanjang ketiadaan Ide. Duhh!

C*lak* punyaa PPD, notis arahan dapat sehari sebelum hari program.

dulu setahun duduk di sekolah kampung di Pahang, tak pernah pula dipanggil kursus oleh PPD tapi kini baru 3 bulan di Putrajaya, sudah 4 kali kursus Ide hadir.

dulu juga saya tiada masalah nak outstation lama2 kerana duduk seorang walaupun ketika itu sudah berkahwin. tiada orang yang menunggu di rumah setiap hari. tidak perlu risau!

dulu duduk ofis sampai maghrib utk siapkan kerja adalah perkara biasa. kini habis kuat pun pukul 6.00pm saya mesti akan clock out.

dulu juga keadaannya lain, dan kami sedar kini keadaannya juga berbeza setelah ada anak dan duduk sebumbung suami isteri. cabarannya besar dan ia merupakan satu kejutan untuk kami suami isteri.

selepas ini saya mmg akan kerap outstation lantaran nature of job saya. Ide pula mungkin akan sibuk ke sana sini hadir ke program sekolah, PPD mahupun pihak JPN tidak kiralah hari minggu atau hari bekerja. kasihan Salsabeela.

nampaknya kami perlu berubah mengikut budaya baru ini, dan berubah dgn cepat. in case lain kali berlaku kes2 sebegini, tidaklah melompat terkejut. perubahan perlu dibuat untuk adapt dengan changes of rule.

sama juga dengan hidup seharian kita dalam apa perkara pun. peraturan hidup tak pernah sama. so, adapt with changes or else you'll be irrelevant. cuma kadang2 bila kita degil dan bodoh sombong, pintu hati sukar terbuka untuk timbangkan mana satu yang lebih wajar dan lojik.

petang itu semasa melambai ke arah Salsabeela yang sedang senyum dari dalam kereta mertua yang sedang bergerak meninggalkan kami, tak semena2 air mata kami bergenang mengenangkan 4 hari tanpa Salsabeela di sisi.

7 comments:

roSebud said...

sedih kan hidup berjauhan dan bermalam tanpa anak di sisi..
Bayangkan kawan2 kita yang masih berjauhan (PJJ)dengan suami, anak dan isteri kerana keadaan belum mengizinkan mereka bersama.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan olehNya.

MizWaR_SuLHaFaT said...

ameen rosebud...

same la kita adli.. wife aku sejak aku kawin.. asyik kursus memanjng.. tiap2 bln mesti ada.. skrg lak kat ipoh 2 minggu.. huhu..

Adli said...

roSebud: skrg mmg zaman PJJ sana sini. tp lebih sedih lg bila kenangkan kwn2 yg dh lama kawin tp still takde rezeki anak lg kan?

MyzwaR: biase la mat, lain org lain kisahnya. tu nasib baik ipoh, bukan kursus kat sabah ke sarawak. pokka&balkis rasa aku 2 thn PJJ penang-putrajaya, sempoi je

Abu Humairah said...

lain org lain ujiannye..
buat yg PJJ tu, amik iktibar nabi ibrahim..

hang_lipur said...

can't imagine...berpisah dgn anak2.. takat nie nadey tak pernah lagi pisah ngan diaorg..rasa tak jumpa dr pagi smpi malam pun dah rindu sgt.. even, kalu acit kene g kursus..nadey plk yg demam taksemena2...ana2 ok!

nway..you two have to be STRONG!

Adli said...

ada kawan di ofis ni pernah cakap, kalau dia gi kursus tak jmpa skjp dgn bini takpe, jgn tak jmpa anak. maksud dia rindu anak lebih lg drpd rindu bini! realiti la kot? kesian isteri2 ni. hehh ;)

Siti Aisyah Mohd Yusuf said...

aduh, ayat2 dlm last paragraph tu membuatkan air mataku tiba2 turut bergenang. syahdu betul dan amat menyentuh naluri keibubapaan.