Monday, September 28, 2009

Sejak 1998

Saya mahu ingat Eidilfitri kali ini sebab saya dapat buat perkara yang saya rasa dah lama nak buat sejak 1998.

1998 - Sejurus saya terima slip keputusan SPM saya, jantung saya bagaikan berhenti seketika. Tergamam! Cikgu Bakhiah dengan tenang ucapkan tahniah. Saya kaget. Ketika itu ayah muncul dari celah2 barisan rakan2 yang masih beratur, dengan keterujaan di wajahnya bertanya kpd saya, "Macam mana?". Saya hulurkan slip keputusan kepada ayah sambil tersenyum sahaja. Ayah senyum sama, dan reaksi saya hanya setakat itu.

1998 hingga kini - Ayah sentiasa mahukan anak2nya jauh lebih baik daripadanya. Saya berjaya mencapainya untuk ayah pada hari itu. Saya menyesal reaksi saya pada 1998 itu tak menunjukkan betapa saya sebenarnya amat berterima kasih pada Ayah atas segala2nya. Reaksi yang seolah2 tak kenang jasa. Jasa yang tidak mungkin terbalas oleh saya. Saya tahu saya pada masa kini adalah hasil daripada penat jerih beliau pada masa dahulu.

Saya cukup ego untuk lakukannya dahulu. Bodohnya saya.

Eidilfitri ini saya dapat salam, peluk dan cium pipi ayah sambil berbisik "terima kasih" kepada beliau. Saya peluk ayah erat2, kemas2. Ayah sempat balas, "Jaga anak baik2". Terharunya!

Saya cukup gembira dengan reaksi spontan saya itu pada 1 Syawal tahun ini. 'Hutang' sejak 1998 itu akhirnya terbayar.

------------------



Kepada rakan2, pohon maaf zahir batin dari saya sekeluarga. Selamat menyambut Eidilfitri 1430H!

2 comments:

Nurman said...

Sedihnyer story, i x sempat nak peluk my father this raya. :(

hang_lipur said...

owh... sgt touching! adli.. igt 1 jer... always make ur father proud of you!!!