Wednesday, May 11, 2011

Anak dan kemewahan

saya agak kurang setuju sekiranya anak-anak dimanjakan dengan cara memberikan apa sahaja yang mereka mahukan.

Cerita

saya ada kawan yang bercerita, dulu masa dia kecil, ayah dia orang kampung yang susah. dia sebagai anak kecil ketika itu kalau nak minta apa2 tu, susah sangat nak dapat

dia sekarang ni, kerja dah bagus. not bad, making 10K a month. dia sangat manjakan anak2 dia, baik dari makan mahupun pakaian. anak minta, semuanya beres. dulu dia kata dia tak dapat, so ini lah masanya anak-anak dia nikmati apa yang dia tak dapat dulu.

bukan tak boleh, cuma tak kena cara.

Kesan

nak manjakan anak kita kena fikir tentang kesan psikologi dan sosiologi anak itu. terlalu manjakan anak dengan kemewahan, takut nanti anak tak dapat bezakan keperluan dengan kehendak. takut hilang pula pertimbangan keutamaan (prioritization). susah pula lepas itu nak bagi didikan kerendahan hati dan takut pula terbit ego diri.

saya tak jealous dan tak kisah orang nak buat apa dengan duit masing-masing, tapi itu bukan isu pokok di sini.

trend orang sekarang berbelanja sangat saya takuti. tak salah kalau membeli kereta mahal, rumah mewah etc2 dengan syarat ia tak datang dengan niat untuk bermegah2. tapi lumrah manusia ni kalau lebih sikit daripada orang, sikit2 mesti ada rasa nak riak. al maklum lah, kalau gaji dah banyak tu, seboleh-boleh nak tunjuk yang dia gaji besar, barulah nampak ada class sikit. 

takut2 nanti sikit2 tempiasnya kena kepada anak, esok lusa dia dah besar pandu arah dalam hidupnya hanya berupa materialistik. dulu mak ayah dok sibuk cari duit nak beli kereta mahal, rumah mewah, jadi si anak pun membesar dengan cita-cita yang lebih kurang sama. habis rosak panduan hidupnya.

Hartawan dulu

sejarah membuktikan tak salah ada banyak duit. hartawan zaman nabi dulu bukan sahaja berharta, tapi apa yang di sebalik itu adalah lebih penting untuk diteladani. siapa sangka hartawan zaman nabi dulu begitu rendah hati mereka dan tinggi pula akhlak. sanggup waqafkan semua harta untuk agama. 

saya cuba katakan apa yang membezakan dulu dengan sekarang adalah cara kita membelanjakan rezeki pinjaman yang sedikit ini. 

Racun & berfikir

harta yang banyak adalah perkara lain, tapi mendidik anak dengan mempamerkan segala macam kemewahan dan terlalu memberi penekanan kepada apa yang dilihat sahaja bagi saya adalah satu racun. kesannya apabila anak kecil itu dewasa kelak. hakikatnya fikrah dan perspektif peribadi anak itu terhadap hidup dari mula lagi telah dikotorkan. sejak kecil dididik sebegitu, bila pula masanya nak didik mereka dengan kerendahan hati, moral yang tinggi, taqwa yang berakar umbi? seharusnya itu yang lebih penting.

seharusnya juga kita dah terlalu matang untuk berfikir dan terfikir, bagaimana setiap langkah seorang ibu/bapa itu akan ada impak yang boleh membuatkan hati anaknya itu sama ada akan jadi lebih tawaddu', tidak timbul bangga diri dan tidak memandang lekeh orang lain yang tiada kelebihan sepertinya.

saya cuba buat sedikit coretan ini untuk saya sendiri jadikan sempadan. semoga sentiasa ditunjukkan jalan yang berkat.


Wednesday, March 09, 2011

P1Wimax save the day

Lepas frust dengan TM yang tak boleh bagi jaminan underground cable kat Presint 11/C ni siap seperti bila yang dimaklumkan kat saya sejak tahun 2010 lagi, saya terus pilih untuk cari subtitute untuk boradband provider.


Straight away saya ban terus mobile telco yang offer data package. So damn slow. Saya boleh cakap macam ni sebab saya sendiri pengguna data plan untuk mobile phone saya, bukan semberono je cakap kosong.


So saya decide untuk pilih sama ada P1Wimax vs. YES


Kedua-duanya 4G provider (at least they claim they are). Kajian ala2 tesis PhD saya banyak berpihak kepada YES berdasarkan kajian latar belakang syarikat, pakej yang ada, infra dan services provided, but then saya decide untuk angkut je P1Wimax by considering (the only reason why sebenarnya) P1Wimax offer 7-day so called 'cooling period'. 100% returnable kalau tak puas hati dalam masa 7 hari. 


... and I live happily ever since the 7-day cooling period ends with my lovely P1Wimax (so far). 


P1Wimax modem

Harap2nya P1 ni kalau nak buat hal pun, bagi la lepas 12 bulan kontrak period ni habis, kalau tak malu la dah siap2 buat testimoni kat blog ni. Semoga testimoni tak berbayar ni jadi panduan untuk individu2 di luar sana yang tak senang duduk tanpa broadband macam saya ni. haha

Thursday, February 24, 2011

Kenapa Bob Lokman sertai PAS


Hmm.. something to ponder especially tentang apa yang Bob cakap tentang sistem kehidupan sekarang. Ketepikan soal parti mana dia join, but that's the hard truth for us to accept.


Tuesday, February 22, 2011

Pendaftaran Haji Online


Saya tak tahu pun mendaftar haji dah boleh thru online sekarang. Memang patut pun ada service online macam ni zaman2 facebook ni. Thanks kepada pakcik saya yang dah dapat peluang pergi haji tahun lepas tapi baru bulan ni saya dapat jumpa. Dia yang inform. 

Saya terus google dan jumpa link pendaftaran haji online ni. Daftar je, mana tau ada rezeki dapat pergi sementara muda2 ni. Iya lah, pergi sana sini sudah, tapi tempat yang wajib pergi ni kena la check in awal2.

Saya daftarkan utk wife saya pada 4 Februari 2011 lepas, tahun diperuntukkan haji adalah pada 2037! Makin ramai umat Islam kat Malaysia ni kot yang nak pergi haji.

Saya just share kan link pendaftaran untuk dikongsi bersama:
http://www.tabunghaji.gov.my/jobOnline/sm/haji/hjPaparanMukaUtama.jsp



Tuesday, February 01, 2011

Farther apart

it's so funny when things we hope so much is actually so much farther apart and we couldn't see why. for someone who couldn't expect any lesser, it's a such a terrible occasion that could happen. 

just remember, either it's not there yet for us until next time, or we haven't give the best out of us yet. that's as good as it should be.

the most important thing is how we face the hard truth, get a self-check and improvise over time.

*sigh*

Friday, January 07, 2011

Encik Azam

Wow, petang Jumaat. 

It is now 6pm at the office. Seriously, jarang2 terasa nak berblog kat pejabat tapi terasa nak post something pulak petang ni. Okeh, just nak end up minggu ni sebelum balik rumah dengan berblog sempena tahun baru masihi dan hijriyyah yang baru lepas.

Dah tentunya, cerita tentang azam:

1. Ibadah tak main2
2. Simpan saving banyak2, boleh gi haji awal
3. Rajin2 gi surau
4. Kerja kuat2
5. Rajin2 jaga kesihatan
6. Nak cuti panjang jalan2 hujung 2011 nanti

Ok, dah boleh balik. Lapar gile.

Nota: Sila jangan tiru azam di atas yang langsung tak mematuhi prinsip SMART: specific, measurable, attainable, realistic, time-based. Ni azam hanya utk orang yang malas tapi poyo2 jgk nak tulis azam. Kesian Encik Azam.

Monday, November 22, 2010

Meluntur Ego

Apa dia penyakit hati?



Saya tergelak bila mengenangkan perangai buruk saya di atas jalan raya. Kononnya pantang dicabar, nak je 'bagi' kat org. Tak sedar perangai mcm haram. Sungguh la 'self centered' nya.



Itu buatkan saya cepat2 mintak dijauhkan dari sifat sombong, ego dan sedara2nya. 

Jalan raya hak bersama, mahu tak mahu kena kongsi dgn org lain. Kalau perangai sombong, ego, tahu fikir pasal diri sendiri je, tak peduli keadaan orang lain, itu dah kes berat. Atas jalan raya kalau itu yang jadi keutamaan, nyawa boleh jadi taruhan tu bang..



Kalau baru bawa kereta nasional pun dah boleh menyombong, tak tahu la kalau pandu kereta jenama import nanti :)



Saya cuba kaitkan sifat ego dari segi perangai individu dan amalan sosial seseorang. Org yg sombong & ego ni biasanya lain dari yang lain. Dia bercakap pun orang mudah jelik. Kalau berborak tu rasa dia je yang hebat, cerita kebagusan diri sendiri, asyik orang lain je salah & tak betul. 

Dalam rasa geram, ada juga rasa kesian, org mcm ni tak dipandu & diberi petunjuk. Yang parah semakin tenat, tak ditegur.



Kesimpulan saya mudah. Dunia sosial org Melayu saya lihat agak segan nak tegur terang2an benda2 tak betul ni. Kasihan kan? Oleh itu, kerendahan hati perlu dipupuk dgn ilmu dan selalu bergaul dgn org2 soleh. Bukan tak boleh nak geng dgn org yg sama, tapi berkat orang soleh harus dicari. 

Saya menulis ini bukan kerana saya pandai sgt, cuma berkongsi. Saya pun byk silap & kurang.



Perkara terakhir yg boleh dibuat adalah berdoa kepada Allah, Dia yang membolak-balikkan hati manusia utk diuji. 



Lain kali bawa kereta jangan sombong sangat. Salah kita atau salah orang lain, senyum je la. Semoga ego kita golongan manusia biasa ni boleh dilunturkan. 




(Gambar: traffic jam kat karak nak balik semula ke KL, hari ahad selepas cuti raya haji)

 


Saturday, November 13, 2010

Telang Usan & Drama di atas Pentas

Telang Usan di Kuching mengingatkan saya ttg pertemuan saya, bos saya (tuan adnan) & ex-partner saya (tuan afnan) bersama seorang yg 'atas pagar' dlm pendirian politiknya. Kami berbincang dan bercerita (saya lebih byk mendengar sebenarnya) ttg korupsi pemimpin2 kini, parti politik di Tanah Melayu, halatuju politik Melayu dan byk lg.

Dah lama tak dgr cerita2 sebegitu, peluang kali itu membuatkan saya khusyuk menangkap bait demi bait apa yg dibincangkan ketika itu.

Kesimpulan mudah yg boleh saya ambil adalah:

1.Perubahan radikal, lebih radikal dr skrg diperlukan. "Gergasi itu sudah lama lena dlm mimpinya, dia harus dikejutkan".

2.Persaingan politik di kalangan org Melayu tak pernah jernih. Itu ramai org dah sedia tahu. Politik tak matang atau masalah persepsi?

3.Taksub dan obses terhadap seseorang pemimpin akan membuatkan kita dibutakan dari segala segi.

4.Mungkin saya seorang yang pesimistik, tapi derivation pemimpin yg nak jadi pemimpin skrg adalah kerana kuasa dan wang. Tak semua, tapi ramai juga. Ini juga ramai yang dah tahu.

2 jam sahaja di makan2 di Telang Usan tp byk disuapkan dgn idea2, kritikan sihat dan pemerhatian matang dari seorang bekas guru, selain beliau belanja makan di situ.

Seronok berjumpa dgn seorang yg ideanya sederhana dan cukup tajam menilai lanskap politik negara, tak sangka juga dlm byk2 tempat, dipertemukan di Kuching.

Bak kata beliau, di atas pentas adalah semua pemimpin2 kita sedang berdrama, kita ni penonton di bwh yang perlu menilai dan membuat kesimpulan bijak. Rugilah penonton yang tidur & tak hayati persembahan.