Saturday, December 05, 2009

Degil

Seorang rakan di ofis tanya saya soalan cepu emas. Kenapa pertukaran PTD mesti KSU (bapak besar) sign memo tu, tak macam Engineer atau PTM yang ditukarkan hanya SUB (PSM) je yang sign walaupun dalam kategori kumpulan yang sama.

Saya jawab spontan; PTD ni "degil2", kena bapak besar yang sign. Sign bapak kecik tak lut. Macam anak yg nakal, kena selalu dirotan, tak cukup hanya sekadar tegur lisan.

Tak semena2 saya bagi jawapan yg ada byk makna.

Degil pada tempatnya, menghadapi arus politik kini. Haha


* SUB(PSM) = HR Director

Thursday, November 05, 2009

Aku terima nikahnya


Bertambah lagi to-read list saya. Terima kasih kepada isteri yang sudi menghadiahkan. Tak lama lepas saya nyatakan minat saya nak baca buku ni, selang seminggu beliau terus belikan :)

Terima kasih juga kpd Sdr. Hasrizal yg mengingatkan bahawa hidup ini lebih bererti apabila kita lebih memikirkan soal PERANAN, dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Ya, "erti hidup pada memberi". Nice book, really.

Wednesday, November 04, 2009

Wahabi

Saya Google 'wahabi' hari ini. interesting enough, saya jumpa benda2 ni:

  1. ada artikel ttg Wahabi di site Jakim, di sini.
  2. laman al-ahkam.net ada kemungkinan penyumbang2 ideanya bukan dari aliran pemahaman ahlus sunnah wal jamaah. dulu rakan saya kerap ke laman ini untuk rujukan fiqh. just be careful.
  3. Faisal Tehrani; seorang sasterawan dan pengkarya tersohor yang sering saya kunjungi blog beliau, ada kaitankah dgn syiah?

Setahu saya, perkara2 perbezaan aliran pemikiran dalam Islam ini adalah perkara furu' yang tidak diperdebatkan di khalayak umum kerana dibimbangi menjejaskan pemahaman orang awam yang bertaqlid membabi buta. Ditakuti menimbulkan kucar-kacir dalam usaha menegakkan siapa yang betul.

Dalam susunan keutamaan ummah, perkara yang lebih teknikal seperti ini diperdebatkan hanya oleh yang pakar sahaja secara tertutup dengan cara yang akademik dan bertunjang kepada hujah-hujah. Sekiranya tidak sedemikian, dibimbangi akan menimbulkan kekeliruan umum dan perpecahan dalam agama walhal keutamaan dalam dunia hari ini adalah perpaduan umat Islam itu sendiri.

Saya generalist, sbb itu saya tidak pakar dlm hal2 ini. Cuma berminat dan ingin mencari sedikit ilmu sahaja.

Iya, lebih menarik lagi bila mengetahui yang Dr. Maza & Faisal Tehrani itu sendiri datang dari Alumni yang sama dengan saya.

Monday, September 28, 2009

Sejak 1998

Saya mahu ingat Eidilfitri kali ini sebab saya dapat buat perkara yang saya rasa dah lama nak buat sejak 1998.

1998 - Sejurus saya terima slip keputusan SPM saya, jantung saya bagaikan berhenti seketika. Tergamam! Cikgu Bakhiah dengan tenang ucapkan tahniah. Saya kaget. Ketika itu ayah muncul dari celah2 barisan rakan2 yang masih beratur, dengan keterujaan di wajahnya bertanya kpd saya, "Macam mana?". Saya hulurkan slip keputusan kepada ayah sambil tersenyum sahaja. Ayah senyum sama, dan reaksi saya hanya setakat itu.

1998 hingga kini - Ayah sentiasa mahukan anak2nya jauh lebih baik daripadanya. Saya berjaya mencapainya untuk ayah pada hari itu. Saya menyesal reaksi saya pada 1998 itu tak menunjukkan betapa saya sebenarnya amat berterima kasih pada Ayah atas segala2nya. Reaksi yang seolah2 tak kenang jasa. Jasa yang tidak mungkin terbalas oleh saya. Saya tahu saya pada masa kini adalah hasil daripada penat jerih beliau pada masa dahulu.

Saya cukup ego untuk lakukannya dahulu. Bodohnya saya.

Eidilfitri ini saya dapat salam, peluk dan cium pipi ayah sambil berbisik "terima kasih" kepada beliau. Saya peluk ayah erat2, kemas2. Ayah sempat balas, "Jaga anak baik2". Terharunya!

Saya cukup gembira dengan reaksi spontan saya itu pada 1 Syawal tahun ini. 'Hutang' sejak 1998 itu akhirnya terbayar.

------------------



Kepada rakan2, pohon maaf zahir batin dari saya sekeluarga. Selamat menyambut Eidilfitri 1430H!

Friday, September 18, 2009

Things I didn't expected just before Hari Raya

  1. No bonuses for people like me. That's it. End of sentence.
  2. Got severe back ache. Being given 2 days of MC, but the pain lasts for 3 days. It was a dreadfully tragic horror of experience.
  3. Left cheek got that big pimple of 'resdung'. Now I have to take pictures of Raya with my right cheek facing the lens, hiding the left ones.
  4. My quarters is making its own 'celebration'. Walls cracking everywhere. Need to move out after Raya. I guess so...

one out of 25 pics of crack that I took

Sunday, September 06, 2009

15 Malaysia

15Malaysia

Melihat artikel ttg Projek 15Malaysia dalam NST bbrp minggu lps, saya terus teringat kali pertama saya menonton "The Big Durian" karya Saudara Amir Muhammad, yang telah membuka mata saya tentang sejarah Malaysia, short films dan independance filmmakers. That was way back in 2003. Tak lama lepas tu saya terjumpa pula buku dan filem karya beliau; "The Last Communist" dan "Malaysian Politicians Say The Darndest Things" di toko buku/surat khabar. Masih tak berpeluang menonton/membacanya walaupun masih menyimpan hasrat itu sehingga kini.

Saya dah tengok bbrp filem dlm Projek 15Malaysia ni. Sangat unik kerana dengan bertemakan realiti kepelbagaian kaum dan perpaduan yang dicanang baru2 ni, pelbagai mesej cuba disampaikan melalui karya. Sangat mendalam mesej yg cuba disampaikan. Komen viewer pun sampai beribu2. Ada 15 independance filmmakers menyumbang hasil mereka termasuklah arwah Yasmin Ahmad, Amir Muhammad, Ho Yuhang (famous dgn iklan beliau 'kenapa, tak percaya?') and a few more.

Paling menarik, politicians ie; Nik Aziz, KJ, Liow Tiong Lai, Tian Chua, Zaid Ibrahim pun casting sama dlm projek ni.

Saya agak filem2 ini cuba membuka realiti masyarakat Malaysia, hubungan antara kaum, pengharapan rakyat dan sedikit sebanyak memberi bayangan masa depan negara.

Saturday, September 05, 2009

Masih mengganyang

Cerita ini berbangkit lagi.

Saya tertarik dengan entry blog beberapa rakan saya yang lebih kurang serupa dan mengingatkan saya tentang usaha 'Ganyang Malaysia' satu ketika dulu dalam buku teks sejarah. kalau dulu perkara ni boleh didapati hanya dalam silibus sekolah menengah, tapi kini terima kasih kepada blog dan Pakcik Google, maklumat boleh didapati di hujung jari. adik saya; hasan yang merupakan graduan salah sebuah IPT di Indonesia juga banyak bercerita tentang usaha 'mengganyang' ini yang masih disemarakkan lagi hingga ke hari ini. isu demi isu, satu per satu sumbu itu cuba dinyalakan.

tiada isu yang besar, yang ada hanya salah faham dan provokasi yang melampau.

entry blog rakan saya itu ada di sini dan di sini. menarik untuk diketahui umum.

Wednesday, August 26, 2009

Setahun... dan kiraan berjalan

Dear Salsabeela,

terima kasih kerana menjadi permata hati ayah dan ibu dalam setahun ini. satu hari bila kamu terjumpa entry ini, kami berdua mahu kamu tahu bahawa hadirnya kamu menjadi sumber kegembiraan dan inspirasi kami berdua.

membesarlah dengan sihat dan bijak. semoga bila kamu besar nanti kamu bisa jadi persis mata air salsabeel yang mengalirkan manfaat dan kegembiraan untuk semua.

teruskan senyuman itu kerana ia meredakan gundah dan bisa menyejukkan hati ayah dan ibu. setialah menjadi penyejuk hati dengan kebaikan akhlak dan kemuliaan hati bila kamu besar nanti.

berjanjilah dengan ayah dan ibu, kamu akan terus berusaha untuk berjaya dalam apa jua bidang pun kelak, sampai bila2, walau di mana pun.

syukur kami atas nikmat ini. ayah dan ibu sayang salsabeela.

selamat hari ulang tahun kelahiran yang pertama. 26.08.2008 - 26.08.2009... and counting.


ouchh.. collage orang beginner ;)

Wednesday, August 12, 2009

Life really is short

Seorang rakan forwardkan kata2 ni melalui Google Groups yang saya sertai. saya fikirkan ia sesuai dikongsikan di sini sebab mungkin ia berbaloi. enjoy.

---

Life is short
Break the rules
forgive quickly
love truly
laugh constantly
and never stop smiling
no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful.

---

Saturday, August 08, 2009

Marah yang sempurna

saya jenis orang yang kurang marahnya. dikhabarkan saya ni cakap pun macam perempuan, dan saya terima seadanya. tidaklah mengatakan saya ini baik, bagus atau hebat, tapi itu memang diri saya. saya tak bagus atau hebat pun.

marah. tak guna pun kalau marah tak bertempat, apatah lagi memaki dan mencela orang. nabi pun kata itulah antara orang2 yang muflis di akhirat nanti. solat tetap buat tapi maki dan mencela orang lain. apatah lagi mendedahkan celaan itu di tempat yang orang lain boleh mengetahuinya.

hidup tak semestinya kita sahaja yang betul. perkataan insan itu sendiri membawa maksud lupa dan lalai, dan apabila menyebut lupa dan lalai, kita tak lari dari hakikat bahawa diri kita sendiri sememangnya ada membuatnya, sama ada sengaja atau tidak. jadi kenapa harus mencari pasal seolah2 diri sendiri sahaja yang betul? sempurnakah sangatkah diri tu? orang lain sahajakah yang ada membuat silap? apa kata orang lain pula senaraikan kesalahan dan kekurangan kita, bolekah kita menerima seikhlasnya?

apalah salahnya marah itu disalurkan dengan tepat. marah cara orang terpelajar dan berilmu. marah atas dasar mahu mendidik, bukan melepas geram dan dendam. kalau tidak, samalah juga kita dengan b*n*t*ng. kalau staf kita tahu itu cara kita, nescaya akan keluarlah ayat2 tipikal sebegini, "macam tu ke jadi P*D?", atau "macam mana lah boleh jadi P*D kalau perangai macam ni?". mereka dan keluarga mereka jugalah yang mendapat palit.

tidak rugi juga kalau silap itu jangan dicari puncanya siapa dan apa, tetapi diselesaikan bersama-sama, dengan rasa ingin membantu, ikhlas dan empati. yang salah tetap akan bersalah. tidak boleh kesalahan itu dibalikkan semula walau diusaha sebanyak mana pun, walau ada kuasa besar pun.

bagi saya, sudah2lah mencari kesalahan orang, carilah kebaikan orang pula. aman dunia ni. (kalau la Amerika ada terbaca pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya itu)

sudahlah, nanti saya tulis lebih2 orang kata saya ni macam la bagus sangat.

Wednesday, July 22, 2009

Penghilang Terbesar

saya ada 3 atau 4 deraf post untuk diletakkan di sini tapi satu pun tak dirasakan sesuai atau mungkin akan menyebabkan bosan yang melampau. itu alasan saya untuk lama tidak update blog ;)
--


Banyak sekali rancangan realiti yang pelanggan ASTRO boleh tonton, tapi seminggu dua ini saya dan isteri terasyik dengan rancangan 'The Biggest Loser' di saluran Hallmark. walaupun konsepnya tidak lari dari konsep semasa; rancangan realiti tetapi ia tetap lain dari yang lain. saya tertarik dengan impaknya kepada peserta dan penonton. sesekala terasa juga dididik dengan cara pemakanan dan senaman yang betul yang cuba ditonjolkan.



tetapi rancangan tv adalah tetap rancangan tv. ia perlukan sesuatu untuk menarik penonton yang lebih ramai. maka diletakkan elemen saspen dan kejutan sebagai daya penarik. itu masih ok sebagai 'penambah perisa'. paling tidak ia masih tidak lari dari konsep asalnya; mendidik mengurus berat badan.

saya tidak perasan perkara2 yang mudah di rumah boleh dijadikan rutin harian yang sihat, sama ada untuk kekal sihat atau untuk mengawal berat badan (f.y.i, saya masih belum obese).

walaupun rancangan ni disiarkan dalam waktu yg kurang sesuai (7pm-8pm), tapi saya tak sabar nak ikuti versi Biggest Loser Asia pula selepas ini.

saya tertunggu2 bila agaknya stesen2 tv tempatan akan mencedok idea rancangan seumpama ini. walaupun tampak 'menciplak' tapi masih tidak keterlaluan kerana impaknya yang munasabah dan mempunyai nilai tambah. muak rasanya dengan rancangan realiti sekarang yang tidak mendidik apa2, apatah lagi hanya dapat menyogok generasi muda dengan perkara murahan dan keutamaan yang menyimpang serta sia2. Anak Wayang, Pilih Kasih, Ooh La La; sama sahaja.

individu2 obese yang mengikuti rancangan ini mungkin akan terpanggil untuk turut sama berubah. akal yang sihat dtg dari jasmani yang sihat. itu namanya berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran.


* Biggest Loser = Penghilang Terbesar?

Thursday, June 18, 2009

Tagged form Eny

Terlepas dari Nurman, kena tag pulak dek Eny! layan...





The rules:

  • Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
  • Write 10 interesting facts about yourself or you hobbies
  • Pick your 10 most deserving recipients and describe them
  • Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged
  • Paste the award badge in your sidebar


1. 5 interesting facts about the person who gave you this award

Owh, Eny yeh?

  • a tech-savvy. Eny ada high-end point-and-shoot digicam, 2 handphones yg canggih manggih & drive a savvy. obviously she got more than what i got.
  • cerita2 dari mulutnya penuh dengan excitement, keterujaan dan melambangkan tahap concernnya terhadap sesuatu. rakan yg bagus utk bercerita.
  • looks younger than her age. mungkin ditambah lagi dengan saiz dia, saya memang kurang percaya itu umur dia. (eny, jgn perasan lak!)
  • looks unfriendly from the outside but she's definitely & contrary likewise.
  • ape lagi interesting fact psl Eny? dia still bujang. interesting tak?


2. 10 interesting facts/hobbies about me

  • easily got sleep and hardly woke up ;)
  • given i got nothing else to do with my money (or by any chance), i'd have bought an Alfa Romeo and build my own design house at the sub-urban
  • I've always wanted to be an army untill now. after joining Heitech Padu Berhad, my other dream career was a Mainframe Expert. (it's kind of IT-thingy. Google "mainframe")
  • Mesti memulakan hari di ofis dengan secawan besar Nescafe dan beberapa keping biskut Marrie yang dicicah bersama. sumber semangat kot.
  • Planning to keep using my 1991-made Proton Saga for another 10 years more!
  • A sport generalist, master of none. i can play almost all kind of sports, u name it; pingpong, soccer, badminton, volleyball, athletic, basketball dan cricket as well but none of them i could consider myself as 'terer' atau 'boleh diharap' atau 'hebat' atau lain2.
  • Masih mengikuti perkembangan anime Naruto sejak final year di universiti sehingga sekarang. that made me the anime fanart for 5 years already. (isteri saya bising, laptop di rumah dah penuh dgn anime Naruto yg saya download)
  • Still figuring out why sometime my jokes aren't that funny. am i freak?
  • Love movies. bagi saya, movies adalah peluang untuk meluaskan ruang pemikiran dan for our mind to explore new things. walaupun dah dekat 3 tahun tak masuk panggung wayang, tapi saya still beli that not-so-legal movie copy somewhere in the street.
  • always innocently saying wrong lines at the wrong time!


3. 10 most deserving recipients and something I know about them

Nahh... it ends here with me.

PSU (PSM) C

saya jarang berblog tentang kerja saya, apa saya buat, ke mana saya pergi etc2. tak tau kenapa. walhal saya minat dengan bidang tugas saya. tapi kali ini saya rasa saya perlu taip sesuatu tentang kerja saya.

banyak perkara yang saya tak pernah buat sblm ini, saya paksa juga buat utk jalankan tugas saya. saya improve banyak on my own self dari segala segi berbanding dulu. saya tak suka cakap banyak, tp saya dipaksa berceramah. saya tak suka menampilkan diri di khalayak ramai, tapi saya dipaksa utk lead. saya kurang selesa berbual lama dengan org tak dikenali, tapi saya dipaksa duduk dengar presentation drpd org sales dari syarikat itu ini. dulu saya agak penyegan dan boleh dikategorikan sebagai amat naif dalam social networking. ketika itu time is running short dan saya belajar semuanya sepantas boleh. habit saya amat bertentangan dengan tugas yg perlu saya lakukan. tapi saya cekalkan juga hati belajar dari kosong.

dah nasib saya dapat bos perempuan yang betul2 mencabar kesungguhan saya bekerja. dia mahupun semuanya sempurna. dia ingat every single silly thing yg dia ucapkan. semuanya segera dan urgent. dia berbahasa sinis, tajam dan memerli. "take care of me and i'll take a good care of you", itu kata2 dia. but yet, she is the best boss utk saya belajar. saya berani katakan she's one of the favourite officers in my Ministry.

15 jun 2009, saya akur mendapat arahan bertukar portfolio, bertukar unit. yes, those stories are all about this, a job rotation. the all-i-really-wish-for all this while. saya pernah nyatakannya sebelum ini.

terima kasih team unit latihan; puan ani, afnan, yasser, didi and my staff; azelah, hasrol & afizal, my ex-urus setia; radin, aza, intan roziana, sarah and etc2.. u know who u are. peranan kalian amat bermakna sekali. terbaik!

masih lagi duduk di meja lama dan tidak bergerak gred pun. cuma bertukar fail je. unit baru saya tidaklah asing bg saya. 3 tahun duduk di HR, saya belajar sikit2 pasal unit perkhidmatan ni. inilah peluang saya utk explore lebih lagi sbb saya tahu inilah core dalam HR sektor awam.

skrg gelaran baru jawatan saya adalah PSU(PSM)B1. PSU(PSM)C dalam memori.

so, apa yg saya sibuk sangat pasal tukar unit ni? nahh.. hanya terlebih emosi je, nothing more. these pic tells 30% of the memories:



one of my fav pic-kanan; watson, radin, saya & misridin @ ayer keroh. full of stories here with them


one of my fav pic 2-candid by radin time briefing


induksi umum @ puteri resort, ayer keroh


saya sedang briefing untuk slot LDK


join aktiviti hiking dgn peserta semasa induksi @ UUM. saya=paling kanan


saya sedang gedik2 menyelit ;)

Friday, May 22, 2009

Too much diverted?

sungguh lama tak update blog ni. banyak yang berlaku semenjak dua ni, tapi tak larat nak blog pasal jadual harian dan kerja di ofis. things happen too fast dan saya pula terlalu lambat untuk pick-up satu per satu.

dulu saya rasa kapasiti otak saya banyak dihabiskan untuk kerja (tak ketinggalan masa dan tenaga juga). dedikasi sgt ke? saya tak lah sehebat mana pun, cuma rakyat biasa yang asyik dok fikir pasal kerja. balik rumah walau tak bawak balik kerja ofis pun, kepala dok risau pasal kerja. ada kawan yang mengajak buat MLM macam2, buat bisnes cari duit lebih, tapi hati dan fikiran saya tak bersedia untuk dibahagi lagi for another komitmen.

mungkin saya dah gila agaknya, terlalu melayan kerja.

kadangkala ada satu masa saya terfikir, for another 30 years in service adakah saya akan jadi begini terus menerus? why should i bother too much pasal kerja? but why not? bila lama2 passionate sangat dengan kerja, takut bakal dapat stres je, walaupun hakikatnya passion tu perlu. currently the only thing yang sparks my enthusiasm most adalah dalam hal2 kerja (selain shopping ;)). too much diverted agaknya...

tak sabar rasanya untuk buat something different dalam hidup. kurangkan sikit hal2 kerja ni. saya suka idea yang radikal, yang rasanya macam keterlaluan tapi masih munasabah. mungkin angan2 dahulu, nanti lama2 akan tergerak hati untuk jadikan kenyataan. tapi bila ya?

biarlah terlebih masa sekalipun untuk kerja buat masa ni, selagi 'arus' masih membawa saya ke tempat yg betul. sementara masih boleh.

walau mcm mana sibuk pun, saya harus ingat; keluarga adalah no. 1. tolong ingatkan saya kalau saya terlupa.

Saturday, April 18, 2009

Really, seriously

i'm no good at handling critical situation. at home or at office. all those 'cool'ness went missing and i become lost and later be a loser. indecisive? maybe. not-that-smart is probably the term to describe.

maybe i was dreaming being at a world where other ppl think and react as i am. i imagined ppl would reach my own deep feeling as i'm trying very best to do the same at them. i might want the world is simple wherebut there is always cruelty and injustice. maybe i was so naive and so typically Adli instead of whom i should be, at the office or at home.

ppl are judging the others so quickly and so unfairly that i was so stupid to believe that other ppl would do the same fairly things done to them beforehand.

silly me,the world are changing while i'm not. oh, world. silly me, other ppl are taking advantages out of me while i sort out things in proper priorities for better result. silly me to believe the world are full with decent and ppl with empathy when there is almost none.

gosh, i need a break. really, seriously.

Friday, March 27, 2009

Berubah atau Diubah

kebetulan tagline ini sama dengan apa yang disebut2 di ketika demam 'merah-putih' di PWTC minggu ini. namun ia ada kaitannya dengan kisah saya ini.

lantaran kesibukan saya pada minggu ini dgn outstationnya, ditambah lagi dgn arahan kepada isteri saya oleh Pejabat Pelajaran Daerah utk hadir ke kursus, saya nekad untuk menghantar Salsabeela ke rumah mertua di Jengka. bila dua2 kena outstation, panik dibuatnya! Ide tak pernah simpan perahan susu lebih dari 1 hari. itu bermakna tiada stok susu badan untuk Salsabeela sepanjang ketiadaan Ide. Duhh!

C*lak* punyaa PPD, notis arahan dapat sehari sebelum hari program.

dulu setahun duduk di sekolah kampung di Pahang, tak pernah pula dipanggil kursus oleh PPD tapi kini baru 3 bulan di Putrajaya, sudah 4 kali kursus Ide hadir.

dulu juga saya tiada masalah nak outstation lama2 kerana duduk seorang walaupun ketika itu sudah berkahwin. tiada orang yang menunggu di rumah setiap hari. tidak perlu risau!

dulu duduk ofis sampai maghrib utk siapkan kerja adalah perkara biasa. kini habis kuat pun pukul 6.00pm saya mesti akan clock out.

dulu juga keadaannya lain, dan kami sedar kini keadaannya juga berbeza setelah ada anak dan duduk sebumbung suami isteri. cabarannya besar dan ia merupakan satu kejutan untuk kami suami isteri.

selepas ini saya mmg akan kerap outstation lantaran nature of job saya. Ide pula mungkin akan sibuk ke sana sini hadir ke program sekolah, PPD mahupun pihak JPN tidak kiralah hari minggu atau hari bekerja. kasihan Salsabeela.

nampaknya kami perlu berubah mengikut budaya baru ini, dan berubah dgn cepat. in case lain kali berlaku kes2 sebegini, tidaklah melompat terkejut. perubahan perlu dibuat untuk adapt dengan changes of rule.

sama juga dengan hidup seharian kita dalam apa perkara pun. peraturan hidup tak pernah sama. so, adapt with changes or else you'll be irrelevant. cuma kadang2 bila kita degil dan bodoh sombong, pintu hati sukar terbuka untuk timbangkan mana satu yang lebih wajar dan lojik.

petang itu semasa melambai ke arah Salsabeela yang sedang senyum dari dalam kereta mertua yang sedang bergerak meninggalkan kami, tak semena2 air mata kami bergenang mengenangkan 4 hari tanpa Salsabeela di sisi.

Wednesday, March 04, 2009

Tag by Nurman

jom kita layan tag
-----------------------------------------------------------------

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Not really

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Time baca lafaz takliq. erm, lama gak tu. eh, time wifey dlm OT for Caesarian pun ade gak sikit2

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Not yet like it, but so far itu je kemampuan diri

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Anything inside my lunch box, prepared by wifey

5. DO YOU HAVE KID?
seorang sahaja setakat ini

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Might want to. It depends

7. DO YOU USE SARCASM?
Hoho.. might accidently use it. Tapi later mesti macam terpikir balik, "eh, sesuai ke statement aku tadi tu?"

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
No

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Satu masa dulu pernah nak lompat lebih tinggi dari tu, terjun airborne dlm uniform celoreng. Huhu, halangan ibu bapa.

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Takde la favor cereal sgt, tp kalau ada apa2 pun belasah je

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Never. haha

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Perisa vanilla, aiskrim kacang dan aiskrim colek

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Usually people's eyes caught my attention first. eh, menjawab soalan tak ni?

15. RED OR PINK?
Both also can. My shirt & necktie have both colors

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Too much laziness, less serious when got to be serious. erm, lately ni asyik dpt ulser mulut je. tak best btul!

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
Wifey, my daughter, mak, ayah & adik2

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
Kalo ade masa buat la. syok gak layan

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Siang tadi pakai seluar hitam bergaris2 dan my favourite black Scholl

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Nightline, cerita pasal politik Perak

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Biru la for sure

23. FAVOURITE SMELLS?
None

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
My brother Anas; tanya pasal akaun Streamyx kat rumah sana.

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Yes, for sure

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Minat bola, tapi mesti mengantuk kalo tgk game bola. Selain tu; basketball, cricket, badminton, pingpong and quite a few more if to be listed.

27. HAIR COLOUR?
Hitam

28. EYE COLOUR?
Hitam kot

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Nope

30. FAVOURITE FOOD?
Kuew teow kungfu, bubur lambuk, tempe goreng. hehe, jawa maa..

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy ending movies please!

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Wall-E, DVD cetak rompak. sejak kahwin tak sempat lagi pergi cinema

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
White Adidas jersey

34. SUMMER OR WINTER?
Kalau ada pilihan, summer la kot. soalan tak relevan dgn Malaysians

35. HUGS OR KISSES?
Hugs, sbb lebih feel kot

36. FAVOURITE DESSERT?
Cendol

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
My a-chubby-ya, when she starts making want-to-cry sound

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
Konsultan yang dtg ofis/call utk propose kursus

39. WHAT BOOK ARE YOU READING?
Currently Dilema Melayu (Dr.M) & Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri (Pendita Za'ba). Bile ntah nak habis

Luckily ada lak gambar buku Za'ba ni

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Tak pakai mouse pad, mouse atas carpet je. Laptop kat lantai ni

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Can't remember. Tak amik port rancangan tv

42. FAVOURITE SOUND(S)?
Evanescene, RHCP, M.Nasir, Ungu and quite a few lagi

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
Beatles. Tak sure pernah dgr Rolling Stones ke tak

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Sabah, Perlis.

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Kalis maki & takde perasaan boleh kira special ke?

46. WHERE WERE YOU BORN?
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Any volunteer? I guess it ends up with me, here.

Sunday, March 01, 2009

Made in Malaysia

Beberapa bulan lalu aku perasan ada kempen beli produk buatan malaysia melalui bunting yang digantung di sekitar putrajaya. sekitar bulan 12 atau 11 tahun lalu rasanya. lantas aku cuba berfikir sejenak, apa produk buatan malaysia yang aku selalu guna atau sedia ada. list yang tidak boleh dibanggakan langsung!

Tak perlu lah cerita apa rasionalnya menggalakkan diri sendiri utk beli produk malaysia, dari sudut ekonominya mahupun kepenggunaan. tapi sejak itu juga, tabiat membeli aku berubah dengan mencari tag 'made in' mana dulu. beberapa rak produk di Mydin Bazaar Putrajaya sudah ditandakan dengan tag 'produk IKS'. itu sangat membantu. walaupun public semua tahu amat kurang sekali produk buatan tempatan ttp kalau ada pilihan dalam satu shelf di pasaraya, aku dengan mudah akan pick up a local-made product. tambahan sejak kes melamine tak lama dulu, aku mula ragu2 dgn mana2 produk dari China terutama produk makanan.

Tak lama lepas tu juga, sambil jalan2 buang masa di Warta Bangi, aku terjumpa satu kedai yang menjual barangan elektronik buatan tempatan. aku interview salesman tu pasal TV yang ada dijual di situ dan dia pun dengan galaknya cerita panjang lebar. ada yg dibuat di kedah dan ada yg dari johor. harganya memang menjimatkan, quality-wise not yet proven. teringin juga nak mencuba tapi nak tangguh dulu. bukan dlm bajet sekarang. dalam pertimbangan. okla tu, dulu sumpah tak pernah terlintas langsung pun nak beli TV made in johor. orang dok kata brand malaysia tak bagus, aku cuma nak cari kesahihan je.

Baru2 ni pula cerita pasal a locally made MPV yang sdg menunggu utk launch. aku dok follow cerita ni dari sini. every single entry, every single user comment. well-said, impressive! hati dok berbunga2 bangga dengan produk anak tempatan.

Brand-orientation adalah sangat hebat di malaysia. susah nak lepaskan jenama yang biasa dibeli/pakai bila dah selesa dgn brand itu. begitu juga dengan persepsi masyarakat terhadap produk buatan tempatan yang digambarkan tiada kelas dan penggunanya dianggap daripada certain level dalam kasta masyarakat tempatan. sekiranya anda seorang yang berpangkat sedemikian, maka demikian lah jenama yang dipakainya. daripada pakaian, kenderaan, produk makanan hinggalah ke sekecil-kecil barangan. sebegitu dahsyat. mungkin separuh benar, tapi itulah hasil kajian terhadap kebanyakan masyarakat tempatan.

Produk malaysia mungkin tak hebat, tapi produk antarabangsa pun kadangkala bukanlah hebat mana. aku tak berniat nak sanggah produk luar, aku sendiri pun ada pakai produk luar negara sikit2. cuma kalau ada pilihan made in malaysia, aku akan reconsider betul2.

Teringat iklan dulu2, 'apa salahnya kasut saya buatan gombak?'

Monday, February 16, 2009

Public Sector Young Executive Wishlist

Attended this so-called Public Sector Young Executive Conference 2009 last week. officiated by PM and closing remark by DPM. 8-10 so-called "young executive" been representing KKLW for this event.

apa yang menarik dalam 2 hari program ini adalah bagaimana organizer (YKSM dan INTAN) been distributing a form; enquiring for our hope on the "new leadership" this coming March 09. katanya wishlist ini sudah dikumpulkan daripada pelbagai sektor dan pelbagai sumber termasuklah kami, the "public sector young executive" (kelakarnya term ni). terasa teruja pula buat list ni. walaupun terpaksa senaraikan secara impromtu, tapi buat juga lah kerana organizer kata akan compile list tersebut untuk dilaporkan kepada bakal "pemimpin baru" Mac ini. list aku bukanlah bagus mana tapi sengaja aku kongsikan di sini untuk rekod. so there it goes.... I Wish:


1. Pembangunan di Malaysia dibangunkan secara bersepadu bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi minda dan kendiri juga perlu dititik beratkan.
- aku bukanlah org yang terlibat dalam bidang pembangunan fizikal di Kementerian, tetapi aku terlibat dalam pembangunan sumber manusia yang mementingkan 3 aspek penting (attitude, skill & knowledge - org latihan mmg kena tahu benda ni). aspek ini aku rasakan amat penting kerana kesannya bkn sahaja menyumbang kpd kualiti dalam kerja bahkan juga meningkatkan kualiti kita sebagai hamba-Nya serta impak yang mendalam dari segi hubungan dgn org sekeliling dan psikologi diri. billion RM dah belanja kat infra, tapi mentaliti org Melayu masih tang situ juga. sedih

2. Perbezaan politik diketepikan bagi bersama-sama memajukan masyarakat tidak kira status dan di lapisan mana pun dlm masyarakat, memberi khidmat dgn penuh rasa rendah diri tanpa ada kepentingan peribadi.
- ini self-explainatory. politik Malaysia perlu matang, perkhidmatan awam perlu tingkatkan lagi perubahan sedia ada.

3. Orientasi pelaksanaan projek perlu dipandu mengikut saiz impak dan kesan yang terus kepada masyarakat, bukan diukur dari segi prestasi pelaksanaan yang selama ini dibangga2kan.
- mungkin perkara ni dah disebut2 dlm 2 tahun kebelakangan ni, tapi pemerhatian aku yang tak seberapa ini masih dapat rasakan kurang komitmen daripada si pelaksana itu sendiri tak kira siapa. hala tuju sukar diubah kalau dah terbiasa. buat projek tapi impak dan daya tahannya sangat menyayat hati. seolah2 macam tabur duit tapi si penerima tu jadikan duit tu untuk lap punggung dan buang lps guna. this goes for me as well...

4. Wilayah dibangunkan secara seimbang dan teratur...
- aku lupa kenapa aku keluarkan idea ni. hampeh punye adli... owh, mungkin sbb letih dok tgk pantai barat yang terlalu sarat dengan pembangunan kot. betul la tu, konsep kesamarataan dalam ekonomi, semua orang ada peluang tak kira di mana.

5. "True leaders" dilahirkan semula, worth following & worth to be proud of
- leadership sekarang ada byk ruang lagi utk diperbaiki; di mana2 sektor dan di peringkat apa sekalipun. malas la komen byk2. senaraikan sahaja "leaders of the century", kita akan tahu siapa yang boleh dijadikan idola dan siapa yang hadir hanya sebagai "another leader" semata. fokus la kat kebolehpercayaan masyarakat, pembangunan menyeluruh dan jgn layan isu-isu picisan. "true leaders" please...

6. Etika dan nilai kembali menjadi keutamaan
- aku percaya kesumbangan akhlak, rendahnya maruah diri, hilangnya sentuhan kemanusiaan dan nilai ketimuran perlu dilihat semula kepentingannya berikutan apa yang telah hilang sedikit demi sedikit itu semakin jelas dan ketara. i might dont know how to do it, but that's the fact; sedar ataupun tidak.
--

Teringin rasanya nak berkongsi idea dengan Didi, Hadi, Nasrol, Mimi, Raiz, Puan Ani, Olie, Wan & Aisyah serta rakan2 lain ttg apa yang mereka tulis dalam Wishlist mereka.

Conference ni jugak berjaya menemukan aku dengan rakan2 lama se-DPA aku yang lain selain dapat juga berjumpa dengan ADO (Tanah) Kota Tinggi; Fahrul. long time no see.

Wednesday, February 04, 2009

Macam orang tua!

Ditengah2 kecelaruan di Perak, aku list kan beberapa perkara yang membuatkan aku terasa tua sejak kebelakangan ni (walaupun masih belum mencecah 30 tahun).

1. Kereta
Aku gunakan kereta orang tua. iye, masih gunakan kereta cabuk yang aku beli ketika baru sahaja graduate, a 1991-made Proton Saga. ni sama model dengan yang ada dipamerkan kat luar Muzium Negara tu. taraf muzium je kereta aku ni rupenye. bini aku kalo baca entry ni mesti dia gelak punye. kaler pun dah kelabu since ddk kat parking yang berbumbungkan langit. bumper sebelah kiri dah rongak sbb kecuaian adik time pinjam kereta ni tahun lps.
i might own the ugliest car here in Putrajaya, but I'm proud for what it has done for me.

2. TV
Pak mertua bagi tv ni lepas kahwin haritu sebab dia tau aku baru masuk rumah quarters. time tu perabot semua pun takde lagi. tv 'tua' ni 14 inci je dan kalau nak tukar channel kena tukan button '1' atau '2' dan seterusnya. ada 9 button kat situ, kalau nak adjust channel jenuh kena buat 'scrolling-thing' tu. manual beb. takde remote tu satu hal la. pernah jumpa kot tv ni?

kenapa tak tukar? maybe sebab tv ni masih boleh pakai lagi, plus aku tak teringin nak subscribe Astro yang perlukan tv full digital. nasib baik juga tv aku ni masih lagi tv kaler!

3. Seluar
Seluar yang buat/beli sebelum kahwin dulu semua dah ketat kat pinggang. badan tak naik, tapi perut lak yang lebih2. come on la, naik 2 inci je pun!

4. My own age
Officially turn 28 last week. what else can i say. Umur terbaharu ni membuatkan perlunya aku berfikir apa lagi yang perlu aku buat/capai sebelum cecah 30 nanti. tua sangat ke 28 tu? takde la sangat kan..?

Sunday, January 25, 2009

Sayang!

ini perbualan kisah benar ttg tak hargai perasaan org dan suka hati nak ckp ape2.

pakcik A: hasan (adik aku) buat ape skrg?
aku: owh, dia dpt offer DPLI itu hari, tp dia bgtau nak quit sbb xminat
pakcik A: abistu dia minat nk jd ape?
aku: dia cadang nak amik master and jadi lecturer. along (aku membahasakan diri aku sbg along pd pakcik a) cdgkn jd lecturer dlu br amik master tp xtaula dia nak decide cmne. dia minat nak amik master
pakcik A: owh kalo nak jadi lecturer ni susah skrg, BA kene CGPA 3.7 ke atas. byk IPTA mcm tu skrg
aku: owh gitu ke.. (geram dan terus terdiam)

kpd pakcik a, aku tau anak ko dapat jadi lecturer kat UM sane tu, mmg hebat. kerja pakcik A pun hebat sama, selalu ke luar negara n merantau satu malaysia, jd org bsr dok rasmi majlis sane sini, buat naziran dr perlis sampai sabah.

tp kalo nak ckp tu agak2la, pandang la org lain, jgn ego. jgn nak bunuh harapan org lain. yg ko dok ckp tu bknnye org lain, tp anak buah ko sendiri merangkap adik aku. hargaila perasaan org lain wlwpn org tu tak sehebat ko. pikirla in advance ape kesan emosi drp setiap butir kata tu. ilmu penuh di dada,tp sayang... bila cakap tak pakai otak dan tak pakai hati.

peningla perangai org mcm ni. lantak ko lah. pengajaran utk aku dan jgk utk sesiapa yg mahu beringat.

aku marah ke? takkk... SAYANGGG

Monday, January 19, 2009

P.036

even my Dato' KSU dah jangka apa yang akan berlaku pada pilihanraya kecil P.036 baru2 ni. surprisingly it's true! selepas permatang pauh, kini kuala terengganu pula dan entah di mana pula selepas ni. betullah kelemahan satu2 badan itu boleh dieksploitasi oleh musuh untuk dijadikan modal kemenangan mereka pula.

byk juga cerita di sebalik pilihanraya P.036 ni. nevertheless, bak kata YB baru; abd wahib endut, "i don't expect anything, but i'm totally surprised".

so do i.

Monday, January 12, 2009

What to expect in 2009

i remember azam tahun 2006 aku yg yg masih terpampang di white board di bilik bujang aku kat kampung. sampai sekarang tulisan aku tu aku tak padam2. malas mungkin.

all've been well-attempted and most of it are sucessfully achieved. even better, i got more than expected by end of that year. tak ada azam yg serius dlm 2007 sbb separuh drpd tahun tu aku terlalu sibuk dgn Kursus DPA di Intan. 2008 pula aku dah mula malas dgn blog ni. bila dah malas dengan blog tu, tak terpikir nak buat azam ni. bagus juga dapat jot something kat blog ni, ada juga azam boleh buat. well 2009, ada la juga azam tu, tapi tak berapa confident boleh capai. why? sebab 2009 telah bermula banyak perkara baru especially dengan kehadiran Si Budak Kecik dan juga isteri tercinta mula berada di sisi, so the adjusting period may affect azam-azam itu. kesian orang nama azam ye. bukan ape, itu komitmen namanya.

among my friends ada yg tak percaya dgn azam tahun baru. terkejut juga aku dibuatnya. hendak ikut arus kehidupan sahaja katanya. terpulang kepada individu, dan terpulang how u perceive sesuatu azam itu. tak ada azam pun boleh hidup juga, tapi kalau ada lagi bagus. it's really nice to have some, orang putih kata.

yang best ada azam ni bg aku, boleh buat something different dlm hidup. tidaklah radikal sgt, tp perubahan yg membawa kebaikan tidak salah kan? seolah-olah macam the turning point dalam hidup. sekurang2nya ada datangkan kebaikan utk tuan empunya diri, dan seelok2nya pula kebaikan itu dirasai oleh org lain. barulah hidup itu seronok dan tidak senada sahaja. di akhir tahun, nilai semula. mungkin setahun tak cukup pjg utk capai azam tu, sambung setahun dua lagi. yg penting nekad. Rancangan Malaysia sendiri pun ada 5 tahun.

well this year, i'm hoping that i could treasure more from my families and friends - aren't we miss them? (it just felt like i'm getting drifted away especially from my fellow clique). i'm also wishing for a job rotation - 3 years is enough (this might sounds tough to be done). perhaps i could also improve myself by improving the timing of my solat and finish one book read per month, or perhaps bi-monthly at least. got 2-3 wishes more, but let's just keep it personal.

what to expect in this new year is the ability on how we could perceive and act accordingly from what we really want, truthfully. enjoy your 2009!